SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Jumaat, 15 April 2011

TEKNIK ULASAN (sinopsis) -1

Salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan para pembaca budiman. Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi sedikit bahan bacaan yang telah diulas secara ringkas dan padat khusus berkenaan TEKNIK / KAEDAH / CARA / PEDOMAN menulis bahan ilmiah... Suka untuk saya nyatakan bahawa buku ini hanya dipinjam dari perpustakaan lahad datu..belum sempat untuk mencarinya di pasaran maka buku ini telah dipulangkan dan rakan-rakan lain boleh lah pergi ke sana (perpustakaan lahad datu) untuk meminjamnya bagi yang tinggal di Lahad Datu, Sabah. Manakala yang jauh contohnya di Indonesi, Jepun dan London..boleh lah memesan dengan pembelian secara online...tak rugi membelinya jua....

selamat membaca dengan klik di bawah lagi TAU ;)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini





SINOPSIS BAHAN BACAAN ILMIAH (Latihan Dalam Perkhidmatan)
Nama Pengulas : Mohd Mustakim bin Kamarudin
Tajuk : Latihan Dalam Perkhidmatan (Pembacaan Bahan Ilmiah)
Tarikh : 15-April-2011
Masa diambil : 1 minggu (1 April - 08hb April 2011)
Tajuk Buku : Menulis Ulasan Buku Untuk Akhbar Majalah Dan Jurnal Ilmiah
Keluaran : Pustaka Yamien Sdn.Bhd. (2009)
Penulis : Roosfa Hashim
Bilangan m/s : 133 (termasuk indeks)
No. Siri ISBN : 978-967-5024-84-9
Harga : RM 20.70
Sumber : Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Lahad Datu

(borang sinopsis buku untuk guru: BORANG/LAMPIRAN)

SINOPSIS

Kaedah untuk menulis ulasan ataupun sinopsis bagi suatu bahan bacaan tidak diketahui secara umum dan tiada pula cara yang tetap yang menunjukkan standard bagi suatu penulisan ilmiah tersebut. Melalui buku yang ditulis oleh Roosfa Hashim ini diterangkan beberapa perkara dan garis panduan yang dapat kita gunakan untuk menulis dengan teratur dan baik langkah demi langkah. Setelah beliau berkecimpung dalam menulis ulasan buku selama 20 tahun yang lalu banyak memberi panduan dan penambah baik dalam kaedah-kaedah penulisan yang berkualiti. Untuk itu, buku yang ditulis oleh beliau ini kita dapat gunakan dengan sebaik mungkin sebagai rujukan ketika membuat sinopsis dan menulis ulasan bagi sesuatu bahan bacaan. Terdapat 10 bab utama dalam buku ini dan perkara yang ingin ditekankan di sini ialah beberapa aspek yang perlu diambil berat dalam menulis ulasan buku dan kaedah menulis bahan bacaan ilmiah secara khusus. Dalam buku ini juga diterangkan cara untuk mengulas bahan yang berunsurkan buku (1)Kanak-kanak dan remaja, (2)Karya kreatif dan fiksyen, (3)Sejarah dan bukan fiksyen, (4)Biografi dan memoir, (5)Karya terjemahan, (6)Ucapan dan syarahan, (7)Untuk jurnal ilmiah, (8)Mengenang pemergian penulis dan karyanya, dan (9)Ulasan yang mengundang perbahasan. Dengan beberapa jenis bahan yang hendak di tulis, menunjukkan bahawa buku ini mempunyai daya kreatif dan pengukuhan dari segi kajian dan kefahaman untuk mengulas sesuatu bahan bacaan mengikut pengamatan dan pengalaman penulis.

Dengan penulisan sinopsis atau lebih tepat jurnal bahan ilmiah dapat mempertingkatkan dan menyuburkan korpus ilmu pengetahuan khususnya kepada para pendidik dalam mencapai manfaat yang boleh dikecapi oleh semua pihak dan meningkatkan industry perbukuan Negara. Rantaian ilmu yang dinyatakan dalam buku ini ialah proses membaca, menelaah dan murujuk. Justeru itu, adalah diharapkan agar pengulas dapat membawa jurnal dan ulasan yang baik terhadap buku atau bahan yang baik manfaatnya sahaja berbanding daripada isu kontroversi. 



Beberapa ciri ringkas yang dapat diambil perhatian ialah 


(1) meringkaskan ulasan dan memadatkan kandungan sebuah buku, 


(2)membuat penilaian kritikal terhadap kandungan buku, dan 


(3)dapat mencadangkan kepada pembaca manfaat yang boleh diperolehi. 


Dalam pada itu teknik untuk memilih buku termasuklah perhatikan kepada judul buku dan bidangnya, prakata atau pengenalan dan juga senarai kandungan yang memberi gambaran kepada buah fikiran pengarangnya. Ini adalah kerana kadangkala kita sering tidak beri perhatian terhadap perkara-perkara yang disebutkan tadi walhal adalah amat penting dalam memberi gambaran sebenar tentang kebolehan dan keupayaan seorang pengarang buku tersebut.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sedikit pedoman yang disenaraikan sebagai panduan kepada kita untuk menulis ulasan buku adalah seperti lampiran yang disertakan dalam penulisan ini (rujuk lampiran A).


Perkara ini penting dalam menentukan samada seorang pengulas dapat memerhatikan perkara yang utama hendak disampaikan secara menyeluruh ataupun ringkas. 



Tambahan dalam pedoman yang dapat dikongsikan bersama ialah 


(1)Ulasan atau synopsis bahan ilmiah memancarkan pandangan pengulasnya


(2)Boleh ditulis sesingkat 50-100 perkataan atau boleh pula panjang hingga mencecah 1500 perkataan bergantung kepada tujuan ulasan itu dibuat. 


Dalam buku ini dinyatakan dengan jelas panduan kepada bakal penulis untuk mengulas buku untuk jurnal ilmiah. Ini juga memudahkan kepada kita dalam menyediakan satu sinopsis yang padat ringkas dan berkesan bagi tujuan menyahut program membaca dan menulis sebagai bahan program latihan dalam perkhidmatan. Sila rujuk lampiran B yang disediakan.

Maka, dengan pelbagai dan corak yang ditunjukkan dalam buku ini memberi kita sedikit keterbukaan minda dalam menulis bahan ilmiah dengan lebih mudah. Dengan itu tindakan aktif boleh diambil dalam kalangan kita untuk teruskan budaya membaca dan membentuk satu fenomena yang baru dalam sebuah kehidupan yang lebih sihat juga bleh dijadikan sebagai satu hobi.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Lampiran (A)


Teknik menulis ulasan buku (am)


1) Ulas buku yang telah dibaca dan difahami kandungannya.
2) Mulakan dengan menyertakan judul buku, nama pengarang, penerbit, tahun terbit jumlah halaman, harga, ISBN dan sebagainya.
3) Mulakan dengan pembuka ayat yang menarik.
4) Berterus terang dengan pandangan dan pendapat anda berkenaan buku tersebut.
5) Tulislah maklumat tentang pengarang dan hubungannya dengan buku itu serta gunakan kelulusan dan pengalaman pengarang.
6) Fikirkan siapa yang akan membaca ulasan anda.
7) Buatkan garis kasar kandungan buku itu.
8) Pilih tema yang terbaik untuk diulas.
9) Petiklah atau rujuk bahagian tertentu buku tersebut bagi mengukuhkan ulasan anda.
10) Beri penilaian dan komentar yang kritis tentang buku itu.
11) Bandingkan buku itu dengan buku lain oleh pengarang yang sama atau tulisan dan buku terkini oleh pengarang lain.
12) Kaitkan karya tersebut dengan keperluan semasa masyarakat.
13) Bincangkan kedudukan buku itu dalam trend atau perkembangan yang sedang berlaku dalam masyarakat.
14) Kesimpulan anda patut meringkaskan atau mungkin memasukkan penilaian anda tentang buku itu.
15) Merenung kembali buku itu sebelum mula menulis bagi mendapatkan perspektif yang baik.
16) Sunting dan rombak ulasan itu sebelum diterbitkan.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Lampiran (B)


Teknik menulis ulasan buku (untuk Jurnal Ilmiah)


1) Mulakan ulasan anda dengan menyatakan judul buku, nama pengarang, penerbit, imprint (tahun terbit), No. ISBN, harga dan maklumat lain yang perlu contohnya , Melvyn P.Leffler, The Specter of Communism: The United States and the Origins of the Cold War, 1917-1953. New York: Hill and Wang, 1994. 147pp.
2) Ringkaskan kandungan utama atau sumbangan penting atau apa yang baru tentang isi buku itu. Tulislah kelebihan dan kebaharuan buku yang baru itu dalam konteks ilmunya.
3) Bincangkan kekuatan dan kelemahan buku, nyatakan saja dengan berani dan terus terang jika anda dapati pengarang menggunakan pendekatan lama dalam kajian dan tulisannya. Sebaliknya, jika pengarang kelihatan inovatif dan menampilkan perubahan dan pembaikan, bincangkanlah perkara tersebut dengan jelas.
4) Bincangkan juga kewibawaan pengarang dalam tulisannya.
5) Semak sumber rujukan yang digunakan oleh pengarang.
6) Adun dan sulam komen anda bagi mengelakkan daripada membuat ringkasan atau penilaian bab demi bab yang membosankan kerana menampakkan sebagai amalan amatur dan mentah serta membazir ruang.
7) Tunjukkan sikap anda yang sopan dan professional. Mengkritik secara professional dan membina. Komuniti dalam mana-mana bidang kesarjanaan adalah kecil, janganlah bakar jambatan sesiapa.
8) Ulasan buku anda janganlah hingga melebihi 3 atau 4 halaman, langkau dua baris, 12 point.
9) Berikan ukuran mutu buku – baik, sederhana, buruk dan sebagainya.
10) Nyatakan samada buku itu menghiburkan, menginsafkan, sarat dengan maklumat dan sebagainya.
11) Ulaslah denga adil dan elakkan serangan peribadi.
12) Jurnal ilmiah menerbitkan sebuah ulasan dan ringkasan buku yang berbentuk kritikal. Langkah penting yang perlu diambil ialah (a)Pengenalan, (b)Bahagian Utama-Perbincangan dan Ringkasan, dan (c)Analisis Kritikal.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Bacaan Tambahan (RUJUKAN KPM) : http://www.moe.gov.my/bpsm/index.php?option=com_content&view=article&id=64&Itemid=74

Garis Panduan Baca Buku

RUJUKAN TAMBAHAN (KLIK UNTUK MUAT TURUN)

Kaedah Latihan Secara Pembacaan Buku Bagi Menggantikan Hari Berkursus Di KPM Bagi Tahun 2011

Dikemaskini kembali pada 6.45p.m. 6-APRIL-2012 (Jumaat)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails
jssdk'));