SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Rabu, 27 Februari 2013

Majlis Minum Petang Bersama Ahli Parlimen P 187

Datuk Bung Moktar Haji Radin selaku ahli parlimen di P 187 Kinabatangan bersama warga pendidik daerah Kinabatangan dalam majlis ringkas selama 2 jam pada 27 Februari 2013.

Majlis ini telah di kelolakan oleh Unit Pengurusan Sekola (UPS) PPD Kinabatangan.
Tahniah dan syabas kepada UPS kerana berjaya laksanakan majlis seperti ini.


Beberapa perkara utama yang sempat saya kutip

Dalam ucapan oleh Tuan Suhaimi Hj Othman
1. Terdapat 2 buah sekolah berada dalam band 2 iaitu SK Singgah Manis dan SK Bode Kretam. 8 Buah sekolah yang mendapat band 3, 10 buah sekolah mendapat band 4, 11 buah sekolah mendapat band 5 dan sebuah sekolah mendapat band 6. Sasaran pada 2014 ialah dalam PPPN (ETP) tiada sekolah yang mendapat band 6 dan 7.

2. Pencapaian UPSR daerah boleh dibanggakan kerana daerah Kinabatangan berada dalam kedudukan ke-12 dalam senarai JPN Sabah dan 2 buah sekolah mendapat peratus 100% lulus UPSR.



Dalam ucapan Tuan Raisin bin Saidin
1. Keperluan guru di dalam daerah Kinabatangan akan di atasi dengan kadar segera.

2. Datuk Bung Moktar memberikan ucapan dalam Parlimen dengan penuh semangat melalui pandangan secara live.

3. Untuk capai kejayaan bukan hanya bergantung kepada 1 pihak sahaja tetapi melibatkan banyak pihak untuk bersama dalam berusaha capai kejayaan. Perkara ini ditunjukkan oleh Datuk Bung Moktar dalam Parlimen dengan menyuarakan keperluan dan situasi yang berlaku di Sabah yang perlu di ambil perhatian dan tindakan.

Dalam ucapan Datuk Bung Moktar Hj Radin
1. Beliau minta warga pendidik menyuarakan keperluan dan masalah dalam sesi soal jawab.

(setakat ini sahaja) 

Saya beredar sekitar jam 4.10 petang.

Sekian.

Segala yang baik datang dari Allah, yang kurang itu atas kelemahan saya selaku insan.

Semoga Allah Taala merahmati dan memberkati majlis ini. InsyaALLAH

Bersangka baik pada setiap perkara.

Niat kerana Allah.

Sedutan gambar












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails