SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Jumaat, 19 Oktober 2012

Diskusi Intelektual Profesionalisme Guru Negeri Sabah Tahun 2012

Alhamdulillah, pada hari ini (Jumaat 19-Oktober-2012) saya dapat hubungi Pn. Saliza untuk menghantar borang pendaftaran (melalui emel) dan pengesahan untuk hadir dalam diskusi ini.

Pada mulanya, saya hanya merancang sahaja. Setelah berbincang bersama isteri (Elly Sofiana), dia juga mahu pergi ke Kota Kinabalu dan mengikuti diskusi ini. InsyaALLAH, jika tiada aral sampai lah juga ke sana. Dalam pada itu, dapat lah juga bertemu dengan rakan dan saudara di Ranau.

Berikut merupakan surat yang saya perolehi dari pihak sekolah (surat ini ditampal di papan kenyataan sahaja tapi saya buat salinan untuk diri sendiri).

LAPORAN BENGKEL KLIK SINI : PELAPORAN









Memang tempat yang diadakan di Universiti Malaysia Sabah (Kota Kinabalu) yang terletak lebih kurang 400km dari bandar Lahad Datu (rumah saya Taman Aman Jaya). Dengan perjalanan yang agak jauh ditempuhi nanti, moga-moga di rahmati Allah Taala dan dipermudahkan segala urusan. Perjalanan nanti lebih menarik kerana saya dan isteri akan membawa anak perempuan kami Siti Hajar bersama-sama. Mungkin anak saya turut berada dalam diskusi itu nanti InsyaALLAH.

Pendorong kepada semangat saya untuk teruskan usaha ini ialah datang dari taufik hidayat Allah Taala, sokongan isteri dan rakan-rakan pendidik dan paling utama dari Pensyarah Saya iaitu Doktor Norizan Ahmad dari IPGM Teknik Cheras kerana beliau (pensyarah saya) telah mengepos satu enteri beliau pergi di Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru di Kuantan.)










Sekalipun saya tidak dapat pergi ke konvensyen sebegitu, namun inisiatif dan peluang yang ada di Sabah saya gunakan untuk terus tingkatkan usaha, pengetahuan dan pengalaman dalam mengembangkan profesionalisme profesion keguruan (walaupun saya tidak profesional, tetapi tanamkan niat belajar untuk berubah dan menjadi lebih baik adalah salah satu perkara yang dituntut dalam agama Islam).




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails