SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Selasa, 29 Mei 2012

Bacaan Rujukan Kajian Tindakan 2012

Sumber:  http://norzira.blogspot.com/ 

Konsep kajian tindakan
Kajian tindakan merupakan satu proses yang dilakukan untuk membuat perubahan atau penambahbaikkan supaya dapat memperbaiki segala kelemahan serta dapat meningkatkan tahap pencapaian seseorang ke tahap yang lebih baik. Menurut Cohan: 2000, kajian tindakan merupakan perkara yang perting untuk melakukan perubahan dan juga untuk meningkatkan tahap pencapaian seseorang dalam sesuatu perkara.
Menurut Gray: 2004, kajian tindakan adalah perkara yang praktikal yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku secara semulajadi. Penyelidikan merupakan kaedah yang penting untuk mendapatkan kesan berlakunya perubahan. Dengan kata lain, kajian tindakan merupakan proses penyelidikan yang dilakukan untuk mendapatkan kesan perubahan ke atas perkara yang dikaji. Menurut beliau lagi, kajian tindakan adalah latihan profesional yang menggunakan metodologi pengkajian untuk merubah pemikiran secara profesional.


Mengapa guru perlu membuat kajian tindakan
Terdapat tiga perkara yang digariskan dalam buku ini untuk guru membuat kajian tindakan:
  • Untuk meningkatkan cara penganjaran dan pembelajaran
Kajian yang dilakukan oleh golongan profesional seperti guru adalah kesedaran yang datang dalam diri untuk meningkatkan pengetahuan dan memperolehi kefahaman yang luas mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan isu-isu di sekolah. Apa yang diharapkan oleh para penyelidik dalam kajian mereka adalah untuk meningkatkan cara pengajaran dan pembelajaran bagi kebaikan bersama.
  • Untuk mewujudkan teori baru
Menurut Mcniff dan Whitehead (2005), kajian tindakan merupakan tindakan yang dilakukan secara khusus bagi membolehkan guru melibatkan diri dalam menghasilkan teori baru.
  • Untuk meningkatkan kemahiran berfikir
Melalui kaedah yang digunakan, pemimpin atau guru dapat melakukan peningkatan dalam pengajaran dan pembelajaran, sekaligus dapat mewujudkan teori baru dalam penyelidikan hasil dari kemahiran berfikir yang digunakan. Konsep ini bermaksud latihan reflektif, yang mana penyelidik berusaha untuk memikirkan cara terbaik untuk kajian mereka.
Reka bentuk kajian tindakan
  • Model
Buku ini hanya menjelaskan model yang digunakan oleh Lowen, beliau menjelaskan bahawa proses kajian tindakan adalah merupakan satu putaran iaitu:
  1. Merancang
  2. Bertindak
  3. Memantau
  4. Mereflek
  • Merancang
Sebelum seseorang pengkaji atau penyelidik melakukan penyelidikan ke atas sesuatu perkara, mereka perlu membuat perancangan supaya dapat mengelak daripada kesukaran-kesukaran yang terdapat dalam kajian tersebut. sekurang-kurangnya apabila berhadapan dengan kesukaran tersebut, mereka sudah bersedia untuk menghadapinya.
Antara persoalah yang perlu di titikberatkan sebelum melakukan kajian tindakan ialah:
  1. Apakah masalah yang perlu saya kenalpasti ?
  2. Apakah kenyataan yang dapat saya kumpul untuk menerangkan masalah yang berlaku?
  3. Apakah jalan penyelasaian yang perlu dibuat?
  4. Bagaimana cara untuk melakukan penyelesaian?
  5. Bagaimana cara untuk menilai hasil?
  6. Apakah tindakan yang perlu dibuat?
  • Bertindak
Untuk melihat keseluruhan putaran kajian tindakan yang dijalankan di dalam latihan. Apabila fokus penyelidikan perlu dilakukan, peringkat seterusnya adalah untuk menetapkan apakah jenis tindakan untuk memulakan dan bagaimana untuk mengambil data yang berkaitan dengan tindakan yang akan dilakukan. Pengumpulan data, contohnya mungkin melibatkan perkara-perkara seperti temuduga, pemerhatian, rakaman video dan menganalisis maklumat. Panduan dalam pemilihan bahan mengumpulkan data tersebut mesti bertepatan dengan tujuan.
  • Memantau
Selepas tindakan dilakukan, penyelidik perlu melakukan pemantauan untuk mengetahui sejauhmana keberkesanan kajian yang dilajankan supaya tidak tersasar daripada perancangan yang telah digariskan.
  • Mereflek
Selepas semua perkara di atas dilakukan, penyelidik perlu membuat refleksi untuk mengetahui kajian yang dijalankan berjaya atau sebaliknya dan membuat penilaian di atas perubahan yang berlaku. Putaran kajian tindakan adalah sempurna dan mungkin akan berlaku pusingan seterusnya, sekiranya penyelidik tidak berpuas hati dengan perubahan yang berlaku.
Prosedur kajian tindakan
Langkah yang perlu dilakukan adalah merancang, bertidak, memantau, dan menilai kesan daripada tindakan yang dilakukan. Buku ini menerangkan prosedur kajian tindakan dijalankan:
  1. Mengesahkan kawasan untuk melakukan penyelidikan dan perubahan yang perlu dibuat
  2. Membawa keluar perubahan yang dikenalpasti (bertindak untuk membuat perubahan)
  3. Melihat kepada kesan perubahan yang berlaku
  4. Mengatur semula atau mengubah perubahan
  5. Mengulangi
  6. Berusaha menghubungkan refleksi dan latihan
  • Teknik pengumpulan data
Pemerhatian
Pemerhatian adalah kombinasi yang kompleks dari berbagai deria (pandangan, pendengaran, sentuhan, bau dan juga rasa) .(Gray, 2004). Ia melibatkan cara yang sistematik, tinjauan yang dilakukan, merekod tindakan dan yang lebih penting adalah menganalisis dan menafsir apa yang telah dilihat. Pemerhatian merupakan elemen terakhir yang boleh menyebabkan berlaku kesukaran, yang mana tafsiran yang dilakukan mempengaruhi seseorang untuk menafsir dan menganalisis dengan pandangan sendiri dan akan berlaku ketidaksamarataan dari segi pengumpulan data.
Diari, artikel dan nota ringkas
Diari, artikel dan nota ringkas juga boleh dijadikan sebagai cara untuk mengumpul data. Mana-mana nota harian, artikel atau nota ringkas akan menambahbaik sesuatu projek dengan tambahan maklumat penting sebagai pelengkap. Ketiga-tiga data tersebut mungkin berasal daripada berbagai tahap, antaranya:
  1. Data yang belum diproses - diambil daripada manusia, persekitaran, perbualan, tarikh, masa dan sebagainya.
  2. Refleksi atau pengulangan- menyemak perkembangan nota asal selepas sesuatu peristiwa berlaku.
  3. Tema dan pengertian- perjalanan rakaman dari analisis dan tafsiran
  4. Maklumat tentang pengalaman- rekod atau artikel dari perasaan kamu tentang proses penyelidikan atau peristiwa penting yang berlaku.
Sumber Dokumentari
menurut Bell (1999), kebanyakan projek pendidikan memerlukan analisis dari kenyataan atau bukti dokumen. Contohnnya, ia termasuk rekod pelajar, latihan dari buku kanak-kanak atau dokumen sekolah seperti minit mesyuara, polisi, kedatangn, pendaftaran dan sebagainya.
Borang Soal Selidik
Secara amnya, borang soal selidik mengandungi set soalan yang mana seseorang akan menjawab apa yang ditanya. Ini adalah satu bahan pengumpulan data yang popular, dan kadang-kadang berlaku juga kesilapan. Borang soalselidik adalah soalan terpilih dan terbaik sahaja digunakan. Borang soalselidik yang dibina boleh mereflek kembali projek, tanpa menghiraukan objektif yang cuba disampaikan. Apabila individu menulis soalan, ia perlu ingat bahawa orang lain mungkin akan menafsir atau memmahami soalan dalam bentuk yang berbeza-beza jadi ia perlu membina soalan dengan ayat yang jelas dan terang. Antara contoh soalan yang disertakan ialah:
  1. Soalan yang jelas
  2. Soalan yang ringkas
  3. Mengelakkan soalan yang sukar difahami
  4. Menggunakan perkataan yang boleh menerangkan maksud soalan
  5. Menggunakan bahasa yang tepat
  6. Menggunakan bahasa yang digunakan dengan pemahaman yang sama kepada semua responden
  7. Beberapa soalan yang berkait dengan imbasan memori
Temubual
Temubual adalah lebih fleksibel daripada kaedah borang soalselidik. Ia memberikan peluang kepada pengkaji untuk mengikuti idea dan masalah responden, berpotensi memberikan maklumat yang lebih terperinci dari mana-mana cara pengumpulan data. Dengan membuat pemerhatian, kaedah temubual mungkin lebih tersusun atau separuh tersusun. Kamu perlu mempunyai set soalan yang ingin ditanya atau kamu mungkin perlu ada senarai ketangkasan jika ingin pergi lebih jauh. Memilih pendekatan yang diinginkan, perlu diingatkan bahan itu mestilah ‘sesuai dengan kehendak’. Apabila melakukan temubual, apa yang perlu diingatkan beberapa perkara asas:
  1. Memastikan kamu tenang, bilik yang sesuai untuk melakukan temubual
  2. Mencuba peralatan rakaman terlebih dahulu dan mempunyai bateri tambahan
  3. Menerangkan apa yang ingin ditemubual dan cuba untuk memastikan temubual berjalan dengan tenang
  4. Mengetahui apa yang ingin ditanya- bagaimana untuk menyusun soalan?Mengelak berlaku bias, dan tidak menyoal persoalan yang besar
  • Teknik pengalisisan data
Untuk melakukan projek pendidikan, anda perlu mengumpul data dari pelbagai sumber dengan menggunakan berbagai cara. Cabarannya disini adalah, bagaimana untuk mengetahui cara untuk menggunakan data yang dikumpulkan.Untuk melakukannya, kamu perlu mengenakan beberapa bahan untuk digunakan ketika menerangkan perkara tersebut dan perlu mendapatkan keizinan untuk mentafsir apa yang diperolehi. Proses ini memerlukan kamu untuk mempelajari data tersebut untuk kamu mengaitkan dengan trend (kecenderungan), kejadian, jenis dan tema. (Macintyre, 2000) Menurut Brown dan Dowling, analisis data adalah satu peringkat yang menyebabkan wujudnya kebimbangan yang tinggi, dan ia juga merupakan peringkat yang kurang jelas.
Freeman (1998), menggambarkan proses kajian tindakan adalah satu penyelidikan yang mana penyelidik perlu bersedia untuk mengubah kajian, sebagai peningkatan diri untuk memastikan keberkesanannya , pendedahan, penelitian, dan penyoalan bagi mengelakkan dari berlakunya kesilapan. Tidak menghimpunkan dan penghimpunan semula adalah proses yang amat penting yang mana kedua-duanya mempunyai hubungan dan cabaran. Beliau mencadangkan 4 aktiviti iaitu:
  1. Nama
  2. Kumpulan
  3. Mencari perhubungan
  4. Mempamerkan
Etika kajian tindakan
Etika adalah garis panduan yang mesti diikut. Ini merupakan perkara penting yang perlu diingat, sebagai pengkaji kita perlu membuat kajian yang tepat agar tidak terpesong dari ketepatan yang telah digariskan dalam pendidikan. Adalah menjadi kemestian untuk memberitahu peserta garis panduan sesuatu projek (menerangkan tujuan untuk melakukan kajian) dan untuk mendapatkan persetujuan bertulis daripada sesiapa yang mengambil bahagian. Ini dipanggil sebagai maklumat persetujuan. Jika melibatkan kanak-kanak, perlulah mendapatkan keizinan daripada ibubapa mereka. Oleh itu, kamu perlu mendapatkan tempat yang sesuai untuk berunding seperti menggunakan peralatan video atau penggambaran di sekolah. Merahsiakan maklumat peserta merupakan perkara penting kepada peserta sebagai menghormati pendirian mereka. Penyelidik perlu memberi ruang untuk peserta yang ingin menarik diri dari projek pada bila-bila masa. Memberikan penjelasan mengenai projek yang akan dilakukan.
  1. Memberitahu tujuan menjalankan penyelidikan
  2. Meminta persetujuan dari semua yang terlibat
Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan adalah keluasan untuk memilih yang mana mencuba atau tatacara mengeluarkan keputusan dibawah keadaan yang teguh pada semua kejadian (Bell, 1999). Dengan kata lain, untuk mengumpulkan data metod yang digunakan mestilah ada kebolehpercayaannya, keputusan yang diberikan mestilah sama untuk hari ini, semalam mahupun esok dan tidak berubah. Walaubagaimanapun, perlu percaya apabila sesuatu fakta itu tidak ada aspek penipuan yang membawa kepada ukuran yang tidak akan berubah, dan kualiti penyelidikan tidak ada jaminan.
Contohnya, kamu mungkin mahu mengumpul data yang ada hubungan dengan tingkah laku di dalam kelas, seperti maklumat tentang tindakan khusus, tapi mungkin tindakan ini dipengaruhi dengan pelbagai jenis faktor, termasuk individu, perubahan persekitaran, interpersonal yang dinamis dan sebagainya. Oleh itu, perkara penting adalah menghapuskan segala ketidakpastian, atau menjadikan ‘apa yang perlu saya tahu’ sebagai cara untuk menilai kebolehpercayaan dari bahan mengumpulkan data dan keseluruhan kebolehpercayaan akan mempengaruhi penyelidikan kamu.
Kesahan kajian tindakan
Pengesahan adalah sesuatu yang sedikit kompleks daripada kebolehpercayaan samaada dari segi pengumpulan data, tindakan yang dilakukan atau pengumpulan maklumat. Contohnya, penyelidik mungkin akan bertanya soalan yang mana yang boleh dipercayai, tetapi mungkin juga tidak sah mengikut syarat dari maklumat yang diperolehi.
Penilaian keseluruhan buku
Secara keseluruhan, buku "Doing Action Research A Guide For School Support Staff" sesuai dijadikan rujukan untuk mereka yang baru melibatkan diri dalam kajian tindakan kerana buku ini menerangkan secara umum tentang kajian tindakan. untuk maklumat yang lebih lengkap, perlu merujuk kepada buku-buku lain sebagai penambahan maklumat supaya pemahaman tentang kajian tindakan lebih terang dan jelas. Buku ini terdapat sedikit kelemahan kerana sesetengah penerangan terlalu ringkas contohnya, pada bahagian reka bentuk dan beberapa bahagian lain. Bagaimanapun untuk menambah pengetahuan tentang kajian tindakan, buku ini sudah memadai dan sesuai digunakan.
Konsep kajian tindakan.

kajian tindakan ialah satu proses yang dilakukan selepas pemerhatian ke atas satu-satu isu atau masalah berdasarkan data dan maklumat yang diperolehi untuk dijadikan sebagai panduan dalam proses penambahbaikan.

kajian dilakukan adalah untuk menambah pengetahuan dan mengembangkan pengetahuan yang sedia ada berdasarkan penyelidikan yang dilakukan. kajian juga membantu guru-guru mengenalpasti masalah atau isu yang timbul di samping dapat mambaiki kelemahan-kelemahan yang wujud dalam sesuatu masalah.
Proses kajian tindakan

1) Merancang
  • sebelum kajian tindakan dilakukan, seseorang penyelidik perlu membuat perancangan terhadap isu atau masalah yang akan dikaji.
2) Bertindak
  • selepas perancangan dibuat, penyelidik perlu melaksanakan kajian berdasarkan apa yang telah dirancang.
3) Pemerhatian
  • pemerhatian bertindak sebagai pengumpulan maklumat, hasil daripada pemerhatian ini penyelidik dapat mengenalpasti apa yang perlu dilakukan dan melaksanakan apa yang telah dirancang dengan teliti.
4) Refleksi
  • selepas semua perancangan dibuat, penyelidik perlu melakukan refleksi untuk mengetahui sama ada kajian yang dilakukan mencapai matlamat atau sebaliknya.
Jenis-jenis kajian tindakan
1) Individu - melakukan kajian secara bersendirian.
2) Kolaboratif - melakukan kajian secara berkumpulan iaitu lebih daripada dua orang.
3) Sekolah
4) Daerah

Reka bentuk kajian tindakan
Reka bentuk kajian tindakan boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
  1. Projek teras iaitu kajian yang dilakukan untuk dilaporkan hasilnya kepada organisasi melalui empat proses seperti rancang, tindakan, pemerhatian dan refleksi.
  2. Projek akademik dan penulisan artikal ilmiah. kajian ini akan melibatkan kajian kepustakaan, pengumpulan data, analisis data dan sumbangan kepada bidang pengetahuan.
kajian tindakan secara umumnya berbentuk gelungan kerana kebiasaannya satu pusingan sahaja belum tentu berjaya seperti yang diingini. Dengan itu, pengkaji perlu melakukan pusingan kedua dan seterusnya sehingga sesuatu masalah yang dikaji itu berjaya dan menjadi satu amalan atau kebiasan.
Aktiviti 1
Refleksi selepas mengikuti program BIG II
  • Masalah
    - Kurang berkeyakinan
    - pengurusan masa
  • Penambahbaikan
    - Berfikiran positif
    - Yakin dengan diri sendiri
    - Bertenang dan kawal perasaan
    - Berusaha untuk menepati masa
  • Matlamat (umum)
    - Membina sahsiah guru yang cemerlang
  • Objektif
    - Membaiki kelemahan diri
    - Membina ketahanan mental dan fizikal
  • Pelan tindakan
    1. Langkah-langkah yang perlu diambil
    - Kenal pasti masalah
    - Baiki kelemahan
    - Berusaha mengekalkan apa yang telah diperbaiki
    2. Bagaimana anda ingin mengumpul data
    - Pemerhatian
    - Bertanya pada kawan-kawan
    3. Bagaimana anda ingin memantau apa yang anda rancang dilaksanakan
    - Bertanya pada diri sendiri (muhasabah diri)
    - Bertanya pada kawan-kawan
    4. Bagaimana anda ingin menilai sama ada apa yang dirancang dan dilaksanakan mencapai matlamat.
    - Mendapatkan maklum balas dari kawan-kawan dari masa ke semasa.


    Pengalaman Seorang Pengetua
    Beliau baru ditukarkan ke SMX, sebuah sekolah di pedalaman,tetapi mempunyai enrolmen yang besar.
    Jumlah tingkatan tiga sahaja sebanyak dua belas kelas, kelas 3X, keputusannya sangat mengecewakan. Hampir seluruh buku rekod pencapaian mereka bermarkah merah.
    Beliau minta penjelasan guru kelas, beliau menjawab, “Budak-budak itu dahlah kurang cergas, malas pula !”
    Bagi mendapat maklumat timbal, saya ke kelas berkenaan dan minta penjelasan.
    “Mengapa teruk sangat ni ?. Hampir semua markah merah !” Mula-mula mereka diam saja, kemudian selepas saya mendesak, ketua darjah bangun dan berkata, “Hampir semua cikgu yang masuk bukan mengajar sangat, mereka berleter saja !”
    “Betul cikgu !” sokong yang lain-lain. “Kadang-kadang seluruh waktu dihabiskan dengan leteran.”
    “Kamu jangan tuduh cikgu kamu yang bukan-bukan. Tidak baik.”
    “Betul, cikgu.”
    Lama juga beliau memikirkan masalah ini.
    Pada mesyuarat guru hujung minggu itu, beliau membuat ketetapan : “Setiap guru tidak boleh memberi nasihat lebih daripada tiga minit. “
    APA ITU KAJIAN ITNDAKAN?
    DEFINISI KAJIAN TINDAKAN
    Usaha guru untuk memperbaiki pengajaran mereka secara sistematik melalui kitaran yang melibatkan proses perancangan, pelaksanaan, pemerhatian & refleksi (Kember & Gow, 1992)
    Kajian di bilik darjah yang dilakukan oleh guru-guru bagi membolehkan mereka meneroka isu-isu pengajaran yang mereka suka (atau tidak suka?) bagi menambahbaikkan amalan tersebut (Cochran-Smith & Lytle, 1990)
    Satu kajian yang sistematik oleh sekumpulan guru untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut (Ebbut, 1985)
    Satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan tersebut, serta bersedia untuk mengubahnya (McNiff, 1988)

    Kajian Tindakan salah satu daripada strategi dalam Pembangunan Pendidikan 2001-2010
    Kemahiran tenaga pengajar dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) akan dipertingkatkan bagi menghasilkan inovasi P&P. Sejajar dengan itu, program membudayakan kajian tindakan di kalangan guru akan dipergiatkan. Usaha tersebut akan dapat membantu guru mempelbagaikan kaedah penyampaian di samping meningkatkan kualiti pendidikan. (para 1-17)
    Kajian Tindakan salah satu daripada strategi dalam PIPP 2006-2010
    Teras Ke-empat dalam PIPP 2006-2010 ialah Memartabatkan Profesion Perguruan melalui strategi pelaksanaan Peluasan dan Peningkatan R&D dan Penambahan Perjawatan dan Peluang Naik Pangkat Guru. Selain daripada dinyatakan dalam Fokus Memantapkan Latihan Perguruan, ianya juga disebut dalam Memantapkan Kerjaya Guru. Kajian Tindakan boleh meningkatkan pembudayaan penyelidikan di kalangan guru dan memberi peluang ke arah peningkatan profesional.
    Selayang Pandang Kajian Tindakan
    Carl & Kemmis (1986) berpendapat:
    –“Action research is a form of SELF-REFLECTIFVE enquiry undertaken by participants (teachers, students or principals, for example) in social (including educational) situations in order to improve the rationality and justice of (a) their own social or educational practices, (b) their understanding of these practices, and (c) the situations (and institution) in which these practices are carried out.”
    Self-reflective enquiry (reflective)
    –“active, persistent, and careful consideration of any belief or practice.” (Koszalka, Song, & Grabrowski, 2002)
    •by participants (teachers)
    •in social situation (teaching & learning)
    •to improve (inprovement) rationality and justice
    •of their own educational practices (best practices)
    •and understanding (knowledge)
    •in which these practices are carried out (implementation)
    Mills (2000) – action research……
    “…systematic procedures done by teachers (or other individuals in an educational setting) to gather information about, and subsequently improve, the ways their particular educational setting operates, their teaching, their student learning.”
    Gay & Airasian (2000)
    “…a process in which individual or several teachers collect evidence and make decisions about their own knowledge, performance, beliefs, and effects in order to understand and improve them.” h. 593
    Craig (2004) mensifatkan kajian tindakan sebagai “research for the sake of taking action.”
    Model Kemmis & McTaggart (1988)
    –4 langkah dalam kajian tindakan berdasarkan gelungan (cycle)
    •Mereflek (Reflect);
    •Merancang (Plan);
    •Bertindak (Action);
    •Memerhati (Observe).
    Di Malaysia, Kajian Tindakan berkembang pada tahun 1990an. Konsep KT diperkenalkan kepada 41 orang pensyarah institut/maktab perguruan dan pegawai BPG. 11 hingga 20 Disember 1988 oleh Prof. Stephen Kemmis dari School of Education, Deakin University, Australia.
    PadanTahun 1990an, idea “guru sebagai penyelidik” menjadi sebahagian kandungan kursus program pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan di institut/maktab perguruan.
    “Program for Innovation Excellence and Research” (PIER) BPPDP 1993-1996. Kini KT menjadi sebahagian M/P dalam komponen kursus DPM di Inst./Maktab Perguruan Kursus Dip. Pend. dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Universiti.
    BUDAYA PENYELIDIKAN
    Budaya penyelidikan di kalangan guru yang cuba dipupuk melalui projek kajian tindakan merupakan satu kepercayaan dan nilai yang mementingkan kualiti dalam amalan pengajaran dan pembelajaran, akauntabiliti serta berpegang kepada konsep penambahbaikan yang berterusan dalam suasana kerja yang kolaboratif.
    Guru-guru yang mempunyai budaya penyelidikan adalah guru-guru yang bersikap positif terhadap penyelidikan, celik penyelidikan (research literacy) iaitu mempunyai pengetahuan dan kemahiran penyelidikan. Mereka sentiasa melaksanakan kajian tindakan sama ada secara individu atau kolaboratif, bersifat kritis, reflektif, bertanggungjawab serta berkongsi pengalaman dan dapatan kajian, melakukan penilaian kendiri serta melibatkan diri dalam penyelesaian masalah dan peningkatan profesionalisme. (Jamil 2002)
    The major barriers to do action research are; (McKernan 1989)
    •Lack of time
    •Lack of resources
    •School organization
    •Lack of research skill
    Di antara halangan atau kekangan membuat kajian tindakan
    •Tiada masa
    • Kurang penglaman
    • Beban tugas
    • Tiada sokongan pihak pentadbir
    • Tiada sokongan rakan sekerja
    • Kewangan
    Kajian tindakan merupakan suatu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh peserta dalam situasi sosial itu sendiri (pengamal/guru/pendidik) sebagai penyelidik melalui tindakan praktik (intervensi) mereka sendiri yang bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, disamping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.
    Ianya melibatkan proses merancang, melaksana, memerhati dan mereflek.
    CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN
    1.Pendekatan untuk membaiki amalan
    2.Konteks tugas seharian
    3.Fokus utama ke atas amalan untuk membaiki dan memahami.
    4.Kolaboratif
    5.Situasi sebenar
    6.Tindakan praktis
    7.Amalan kepada teori
    8.Berterusan
    TUJUAN KAJIAN TINDAKAN
    1.Membantu guru menghadapi cabaran.
    2.Menyelesaikan masalah profesional tanpa merujuk arahan luar.
    3.Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan rutin.
    4.Memberi kuasa(empowerment) untuk membuat keputusan dalam bilik darjah.
    5.Menggalakkan guru berkongsi pengalaman.
    6.Menjadi agen perubahan.
    There are two essential aims of all action research; to improve and to involve.
    Action research aims at improvement in these areas; Firstly, the improvement of practice;
    Secondly, the improvement of understanding of the practice by its practitioners; and
    Thirdly, the improvement of the situation in which the practice take place…
    Those involved in the practice being considered are to be involved in the action research process in all its phases of planning, acting, observing and reflecting. (Carr & Kemmis 1986:165)

    1.Membentuk soalan kajian berdasarkan sifat ingin tahu tentang P & P dalam bilik darjah
    mereka—Meningkatkan/Penambahbaikan P & P
    2.Meninjau andaian di sebalik amalan P & P
    3.Mengutip data secara sistematik daripada dan dengan pelajar mereka
    4.Menganalisis dan menginterpretasi data dengan bantuan rakan sepenyelidik
    5.Berkongsi dapatan dengan pelajar, rakan, pendidik lain
    6.Bertanggungjawab terhadap pembangunan profesional mereka sendiri

    RASIONAL GURU SEBAGAI PENYELIDIK
    Rasional untuk melibatkan guru sebagai penyelidik adalah untuk mengembangkan kemahiran menyiasat pengajaran diiri sendiri disamping memupuk keinginan memperbaiki pengajaran pembelajaran serta keadaan bekerja guru dan murid. Dengan cara ini, guru mempunyai kesempatan membuat pilihan bagi amalan pendidikan yang lebih baik.
    (Gray 1988)
    RASIONAL LAIN GURU SEBAGAI PENYELIDIK
    1.Bersikap Kritikal(Critical attitude)
    2.Guru Reflektif & menyelidik amalan pengajaaran (Reflective practitioner and
    research into teaching)
    3.Bertanggungjawab/ Akauntabiliti (Accoauntability)
    4.Menilai Kendiri (Self-evaluate)
    5.Peningkatan Profesionalisme Keguruan (Professionalism as teacher)
    … It is the teacher’s job to work like a gardener rather than a farmer, differentiating the treatment of each subject and each learner, as the gardener does each flower bed and each plant. Stenhouse (1980)
    Kajian Tindakan sebagai Pemangkin Pengajaran dan Pembelajaran
    Kajian Secara Collaborative
    “The more we came to understand our practice, the more we wanted to communicate our practice to others. We were so excited by what we were achieving in the classroom that we thought everyone would want to know about it” ( Osler & Flack, 2002).
    PROSES KAJIAN TINDAKAN
    Tinjauan awal:
    Kumpul data sahkan isu/masalah. Fokus masalah jadi keprihatinan
    MERANCANG: Tindakan/ intervensi atasi masalah yg difokus
    BERTINDAK: atasi masalah difokus
    MEMERHATI: Kumpul & analisis data nilai k’bkesanan
    MEREFLEK : Masalah/Diri SWOT
    DEFINISI REFLEKSI
    Refleksi dalam konteks pembelajaran adalah satu istilah umum, merujuk kepada aktiviti-aktiviti intelektual dan afektif, di mana seseorang individu melibatkan diri meneroka pengalaman-pengalaman mereka bagi memperoleh kefahaman dan penghayatan baru. (Bound et al. 1985)
    REFLECTIVE TEACAHER
    Reflective teacher is one, who, all during the day, is checking back and saying, “Did that work? What could I do to help that child?” It’s (reflective thinking) an on-going process that you do before you arrive at school, during the school day, and in the evening at home. It’s an on-going check of child progress. You don’t get to the end of the year and find out that one of your student can’t read.
    Menurut Dewey 1909/1933, Sikap yang perlu ada Bagi menjadi seorang yang mempunyai fikiran Reflektif
    •Fikiran Terbuka
    (openmindedness)
    •Kesungguhan atau Sepenuh Hati
    (whole-heartedness)
    •Tanggungjawab Intelek
    (intellectual responsibility)
    TUJUAN REFLEKSI (David Frost 1993)
    •Mentafsir kemahiran mengajar sendiri dan mempertingkatkannya.
    •Menilai sesuatu strategi pengajaran dan bahan-bahan pengajaran yang digunakannya.
    •Menganalis nilai-nilai pendidikan yang menjadi asas amalan pengajaran.
    •Terus menerus mengkaji dan menjelaskan pegangan dan nilai peribadi berkaitan dengan
    pendidikan.
    •Mencuba membina satu penjelasan tentang murid, interaksi bilik darjah serta proses
    pengajaran-pembelajaran.
    Bidang/Persoalan yang boleh dikaji
    •Kesesuaian dan kejelasan content yang diajar
    •Aktiviti yang dirancang/laksana
    •Penggunaan soal-jawab/soalan
    •Interaksi
    •Penggunaan media
    •Stail pembelajaran
    •Perlakuan guru
    KAEDAH PENGUMPULAN DATA
    1.Soal selidik (instrumen)
    2.Temu bual
    3.Pemerhatian
    4.Ujian
    5.Analisis Dokumen( jurnal,buku log, dairi,ujian dll )
    Planning Action Steps: Merancang Tindakan
    Nilai Kajian Tindakan terletak pada proses merancang tindakan yang disusun/ disediakan berlandaskan penilaian terhadap proses yang berlaku dalam b/drjh
    Perancangan aktiviti perlu dilakukan kepada aspek :
    -- pedagogi -- psikologi
    -- teknolog -- masa
    INSTRUMEN
    Alat ukur yang mengandungi beberapa siri item yang boleh memberi gambaran penilaian dan mentafsir daripada angka-angka yang diperoleh dengan menghasilkan makna.
    Ciri-ciri Utama Instrumen
    •Kebolehpercayaan (reliability)
    •Kesahan (validity)
    •Keobjektifan (objectivity)
    •Kebolehtadbiran (administerability)
    •Kemudahtafsiran (interpretability)
    Prosedur Pembentukan Pernyataan Item
    •Struktur ayat mudah difahami
    •Kesinambungan antara item demi item
    •Konstruk item melibatkan hanya satu konsep / pembolehubah
    •Elakkan pernyataan yang bias
    •Tidak kabur
    •Elakkan dua persoalan dalam satu pernyataan
    •Bertindih
    •Tiada kekeliruan
    •Mempunyai cukup informasi
    •Bilangan item sederhana

    "THE END IS THE BEGINNING"



Catatan lain

1. http://longkaiboyz.blogspot.com/2011/07/xtvt-kajian-tindakan-pra-cerita.html

2. http://longkaiboyz.blogspot.com/2011/07/pra-ceritanyer-kajian-tindakan-1.html

3. http://longkaiboyz.blogspot.com/2011/04/kajian-tindakan-siri-1.html

Manual Kajian Tindakan EPRD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails