SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Rabu, 30 Mei 2012

Pemantapan Konsep Sains UPSR Bahagian B Siri-1

Pemantapan konsep sains UPSR ini bertujuan untuk memperbaiki dan memantapkan kefahaman Kemahiran Proses Sains murid-murid sekolah rendah sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Soalan ini juga boleh digunakan ketika dalam PEKA selepas perlaksanaan eksperimen sebagai aktiviti pengukuhan kepada murid. Selamat mencuba!

Soalan 1

          


Segelas air yang sama banyak (250 ml) dimasukka ke dalam 5 buah bikar).
Kiub-kiub ais yang sama saiz dimasukkan ke dalam setiap bikar.

Keputusan menunjukkan penyiasatan tersebut direkodkan dalam Jadual di bawah.


1. Apakah tujuan penyiasatan ini?


2. Nyatakan dua maklumat yang dikumpulkan dalam penyiasatan ini.


3. Apakah pola corak perubahan suhu air selepas 5 minit?


4. Nyatakan pemerhatian daripada penyiasatan ini.


5. Nyatakan apa yang...

    (i) diubah (pemboleh ubah dimanipulasikan)

    (ii) diperhatikan (pemboleh ubah bergerak balas)

   (iii) dimalarkan (pemboleh ubah yang ditetapkan)

Bina jawapan sendiri sebelum menyemak di bawah 




Jawapan.

1. Soalan tujuan.... murid hendaklah mencari pemboleh ubah dimanipulasi (PM) dan juga pemboleh ubah bergerak balas (PB). Kemudian bina jawapan dimulakan seperti berikut

Untuk menyiasat hubungan di antara ...............(PM).............. dengan .................(PB).................. .

Jawapan: Untuk menyiasat hubungan di antara bilangan kiub ais yang dimasukkan dengan suhu air selepas 5 minit.

2. Soalan nyatakan maklumat, kita melihat dalam jadual yang diberikan yang mempunyai maklumat penting iaitu maklumat mengenai PEMBOLEH UBAH DIMANIPULASIKAN dan PEMBOLEH UBAH BERGERAK BALAS

Jawapan: 1. Bilangan kiub ais yang dimasukkan
               2. Suhu air selepas 5 minit

3. Corak perubahan, kita melihat kepada maklumat dan data yang diberikan mengikut kehendak soalan.

Kebiasaan jawapan untuk corak perubahan ialah menurun/ berkurang, meningkat/ bertambah, tetap/ tidak berubah

Kehendak soalan ialah corak perubahan suhu air selepas 5 minit.

Lihat pada maklumat yang diberikan dalam jadual SUHU AIR SELEPAS 5 Minit.

Maklumat menunjukkan 70, 60, 50, 40 dan 30



Ini menunjukkan bahawa maklumat (nombor) yang diberikan bermula dengan nilai yang BESAR kepada nilai yang KECIL.

Jawapan: menurun

4. Pemerhatian>>> perhatikan maklumat yang diberikan dan dinyatakan dalam ruang jawapan.
Sila rujuk PEMBOLEH UBAH BERGRAK BALAS untuk memudahkan mencari jawapan pemerhatian.

Perhatikan nilai pemboleh ubah bergerak balas yang paling akhir (30) menunjukkan bilangan kiub ais ialah 16. Maka, diperhatikan bahawa suhu paling rendah dengan bilangan kiub ais yang bertambah banyak.

Jawapan: Suhu air selepas 5 minit paling rendah jika bilangan kiub ais bertambah banyak.

5. di ubah : bilangan kiub ais yang dimasukkan

    di perhatikan : suhu air selepas 5 minit

    di malarkan : saiz kiub ais / jumlah air 250 ml

Jika ada sebarang komen amat di alu-alukan dan tinggalkan pesanan dalam kotak Facebook Komen. Terima kasih.

Jutaan terima kasih kepada Cikgu Rohana Abdullah yang merupakan Guru Cemerlang dari Bangi Selangor yang banyak beri tunjuk ajar kepada saya dalam membantu murid yang GALUS / TEGAR (gagal) dalam subjek sains supaya boleh lulus dalam subjek ini. Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan Cikgu Salmah dari Sekolah Kebangsaan Jaya Baru Kinabatangan (berjumpa pada 29-Mei-2012 Selasa semasa Program ELIT 5a UPSR PPD Kinabatangan) yang banyak berkongsi idea, pendapat dan corak/teknik mengajar yang digunakan di sekolah beliau untuk saya cuba aplikasikan di sekolah saya. 

InsyaALLAH, akan ada lagi siri yang seterusnya. Saya berazam untuk menyediakan 50 siri seperti ini. Moga diberikan kekuatan da petunjuk dari ALLAH TAALA. InsyaALLAH. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails