Sains
6 Proaktif
Masa : 6.45 - 7.45 pagi
Tarikh : 17 Jan 2013
Keadaan kelas : sejuk sederhana
Dalam kelas, saya sudah maklumkan terlebih dahulu bahawa hari ini saya akan tayangkan video yang ada kaitan dengan kerja kursus (PEKA) yang perlu disiapkan.
Murid-murid sangat teruja dengan setiap gambar dan video yang dilihat.
Sekalipun dalam cd ini penggunaan Bahasa Inggeris adalah 100%.
Saya cuba untuk menerangkan dalam Bahasa melayu bagi perkataan dan istilah yang sukar difahami beserta contoh yang mudah.
Alhamdulillah, banyak soalan yang diajukan dari murid dan perbincangan dalam kelas berlaku dengan terancang dan percambahan idea turut menjadikan suasana dalam kelas tidak terlalu senyap sepi.
Berlaku juga corak pnp berpusatkan murid, cuma mungkin hari ini keadaan yang sejuk dan hujan di awal pagi menjadikan pergerakan murid agak perlahan kecuali murid-murid lelaki yang bertindak lebih aktif dan mudah memberi respon bagi setiap soalan yang saya ajukan (sekalipun salah jawapan, namun mencuba itu adalah lebih baik dari terus mendiamkan diri).
Alhamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan