SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Khamis, 17 Januari 2013

Mesyuarat Kecemerlangan UPSR 2013 Bil. 1

Alhamdulillah, pada 16 Jan 2013 (Rabu) mesyuarat pertama kecemerlangan UPSR 2013 telah diadakan dengan jayanya di Bilik Gerakan SK Paris 3.


Pada tahun ini menyaksikan perubahan dalam tenaga kerja guru tahun 6 yang melibatkan guru Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Mesyuarat ini telah berjaya dilaksanakan dalam tempoh 2 jam 30 minit.

Terdapat beberapa agenda yang diperbincangkan dalam mesyuarat ini secara halus dan bertimbang rasa.

Strategi bagi perancangan program kecemerlangan UPSR 2013 turut diperbincangkan dengan semua guru yang terlibat, manakala tenaga tambahan ialah Ustazah Norhasmawati yang telah dilantik sebagai penyelaras program motivasi diri murid secara rasmi dalam mesyuarat oleh tuan guru besar encik Norazam bin Ahmad.



Syukur Alhamdulillah pada tahun lepas 2012, seramai 2 orang murid mendapat 5 A dalam UPSR.

Bagi tahun 2013 pula, sekolah menyasarkan....2 orang yang mesti dapat 5 A dalam UPSR dan tambahan sasaran 3 orang...secara jumlah nya murid cemerlang yang cuba di sasarkan dalam UPSR 2013 ialah 5 orang setakat ini. InsyaALLAH.


Semoga usaha kerja kita semua samada guru tahap 1 dan tahap 2 serta kakitangan bukan guru yang juga menyumbang ke arah kemenjadian murid dalam apa jua program dan aktiviti yang dilaksanakan di dalam dan luar sekolah...mendapat keberkatan dan rahmat daripada ALLAH Taala yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. InsyaALLAH.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails