SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Jumaat, 18 Januari 2013

Sains Tahun 6 Pembinaan Folio (kerja kursus) PEKA

(sila baca ini dahulu : http://longkaiboyz.blogspot.com/2013/01/folio-buku-skrap-kerja-kursus-sains.html )

klik sini>>> BUKU SKRAP SIAP

Aktiviti ini telah dilaksanakan dalam kelas selama 60 minit.

induksi : berapa murid yang tidak hadir? banjir? 


Alhamdulillah, pada hari ini suasana dalam kelas lebih meriah dan mendapat respon dari murid-murid dengan amat baik sekalipun hujan renyai-renyai di waktu pagi.

Kelas seawal 6.45pagi dalam tempoh satu jam amat mengujakan terutama bagi murid dan guru.

Ini adalah masa keemasan samada murid akan bertindak lebih perlahan atau lebih aktif.

Lebih perlahan jika suasana dalam kelas tidak meriah, kurang aktiviti (pergerakan) dan juga banyak mendengar (pnp 1 hala)

Lebih aktif jika murid melaksanakan aktiviti, tugas dalam kumpulan, menguji minda, soal jawab dan perbincangan secara aktif dan terbuka.





Syukur, semua kumpulan murid untuk pembinaan folio memberi kerjasama yang amat baik pada hari ini.

Berbantukan beberapa peralatan yang dibawa ke dalam kelas, merancakkan lagi suasana pergerakan murid untuk menjadi lebih aktif dan bersemangat dalam membina folio berkumpulan.

Dengan bimbingan awal (dalam tempoh 10minit), saya memberi pendedahan untuk membuat mukan hadapan folio secara ringkas dan muka surat kedua iaitu Isi Kandungan. 

Murid juga diberikan kebebasan untuk mencantikkan dan menggunakan kreativiti bagi menambah baik pembinaan folio mereka.





Berbantukan mesin pencetak (berwarna/hitam putih), murid dapat membuat salinan dari buku teks untuk gambar yang mereka kehendaki. Selain itu, guru membantu memilih gambar yang bersesuaian untuk folio murid sebagai bahan bantu (lembaran tambahan) kepada murid.

Antara lembaran seperti di bawah



Akhirnya, guru minta murid (ketua kumpulan) untuk mencari maklumat dalam majalah atau surat khabar tentang kejadian banjir dan tanah runtuh @ hakisan untuk dimasukkan sebagai tambahan maklumat dalam folio mereka.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails