SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Jumaat, 25 Februari 2011

Lawatan Sambil Belajar 2010

Alhamdulillah pada tahun 2010, satu lawatan sambil belajar telah berjaya dilaksanakan anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Panitia Kemahiran Hidup.

Lawatan ini lebih mendekatkan warga sekolah terutamanya murid khususnya dan guru amnya terhadap kepentingan alam sekitar dan keindahan flora fauna yang terdapat di dalam Negara kita Malaysia. Usaha ini telah disambut baik oleh Unit HEM (PK-HEM En.Emran Sumanggil untuk turut bersama dalam lawatan ini atas tujuan keselamatan dan pendidikan murid menagadakan aktiviti di luar sekolah.

Terima kasih juga kepada En.Faizal, Ustaz Rahmat, dan En.Nordin kerana memberi sokongan kepada lawatan ini.



Pelbagai perkara baru yang saya pelajari dalam merangka dan melaksanakan aktiviti yang melibatkan murid untuk bergerak ke luar sekolah. Terima kasih kepada En.Fred selaku PK-Kokum S.M.K.Paris Kinabatangan kerana membantu saya dalam menyiapkan segala urusan kelulusan dan kertas kerja dari pihak sekolah kami kepada JPN-Sabah.

Aktiviti diselia sepenuhnya oleh pihak lembah danum yang mempunyai beberapa orang renjer yang dikhususkan untuk program pendidikan alam sekitar yang melibatkan murid/pelajar sekolah.

Rata-rata murid dapat memahami secara jelas akan kepentingan alam sekitar dan cara untuk memelihara dan memulihara alam semulajadi yang terdapat di sekeliling mereka. Dalam pada itu, para guru juga diberi peluang untuk memanjat sebatang pokok yang agak tinggi dalam kawasan lembah danum itu. Sungguh gayat rasanya apabila berada dalam ketinggian sebegitu.

Banyak perkara yang hendak dikongsikan di sini. Tetapi saya hanya mampu untuk memasukkan gambar sebagai corak jalan cerita kepada kita semua. Semoga aktiviti ini dapat diteruskan di masa akan datang.

Syabas dan tahniah kepada semua guru dan murid yang dpat melibatkan diri.

Terima kasih juga kepada Jabatan Perlingdungan Alam Sekitar Sabah yang telah menghantar wakil mereka seramai 3orang untuk menyampaikan ceramah alam sekitar. Walaupun tidak pernah bersua muka, mendengar kata, namun kerjasama yang diberikan diluar jangkaan. Semoga kita dapat teruskan hubungan ini dengan program yang akan datang.

Sekian.

Sila rujuk di sini


http://www.4shared.com/document/o4GQsn4m/JPN_Borang_Permohonan_Pelancon.html
http://www.4shared.com/document/TKD3DyR_/JPN_Jadual_Perjalanan.html
http://www.4shared.com/document/MfFh1yVf/JPN_JawatanKuasa_Induk.html
http://www.4shared.com/document/DiG3gD7j/JPN_KERTAS_KERJA.html
http://www.4shared.com/document/B7LXI-5G/JPN_lantikan_Ketua_Rombongan.html
http://www.4shared.com/document/IpQdPFUY/JPN_Lantikan_Pengurus_Kewangan.html
http://www.4shared.com/document/SjwgPkVI/JPN_Lantikan_Pengurus_Kewangan.html
http://www.4shared.com/document/-vMQToOJ/JPN_Nama_dan_Bilangan_Ahli.html
http://www.4shared.com/document/UiGzk9Zk/JPN_Surat_permohonan_Kebenaran.html
http://www.4shared.com/document/dF0ApseC/JPN_Tentatif_Program.html
http://www.4shared.com/document/XKE7XySe/LDK_1-CINTAILAH_ALAM_SEKITAR.html
http://www.4shared.com/document/Yd3T4czM/LEMBAH_DANUM_-_Lampiran_A.html
http://www.4shared.com/document/SWv_KADH/LEMBAH_DANUM_-BAS.html
http://www.4shared.com/document/C-k84NC2/LEMBAH_DANUM_-surat_Jemputan1.html
http://www.4shared.com/document/5w9GEW1_/LEMBAH_DANUM_Surat_Kebenaran_I.html








untuk mendapatkan beberapa maklumat yang boleh dikongsikan bersama samada kertas kerja dan lain-lain perkara.

-mus-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails