SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Rabu, 16 Februari 2011

Sinopsis Buku 1 (2011)




Nama : Mohd Mustakim bin Kamarudin
Tajuk : Latihan Dalam Perkhidmatan (Pembacaan Bahan Ilmiah)
Tarikh : 16-Feb-2011
Masa diambil : 2 minggu (5-15hb Februari 2011)
Tajuk Buku : Pembangunan Profesional Guru
Keluaran : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Penulis : Amin Senin
Bilangan m/s : 96 (termasuk bibliografi)
No. Siri ISBN : 978-967-61-2120-7
Harga : RM 11.00
Sumber : Sendiri (Beli di Badan Cemerlang Sdn Bhd, Plaza Angsana Johor Bahru)

Salam kepada semua guru-guru dan warga Malaysia yang dihormati dan dirahmati Allah Taala. Pembangunan sebuah identiti sebuah organisasi penting dalam mencapai kecemerlangan semua segi mengikut piawai yang telah ditetapkan dan sering kali akan berubah-ubah mengikut kehendak semasa dan perubahan cara hidup masyarakat di sesebuah Negara tersebut.
Guru merupakan satu bidang kerjaya saya dan untuk membangunkan tahap keprofesional keguruan adalah penting bagi saya dan semua pihak demi memacu dan menggalas tanggung jawab yang telah diberikan. Tidak layak untuk dilabelkan guru tidak profesional kerana banyak usaha telah dirancang, dilaksanakan dan digerak gemburkan dari peringkat akar umbi bermula dari pra-sekolah hingga dewasa.

(Sambung lagi nanti...)

-----(berada di Bilik Gerakan SMK. Bukit Garam 2)------

Perkara utama yang diberikan pastinya keberkesanan program/aktiviti/perancangan pembangunan profesional guru yang menyumbang kepada keberkesanan persekitaran pembelajaran. Kebiasaannya latiha dalam perkhidmatan (LDP) dipercayai penting dalam transfrmasi kepada kecemerlangan sekolah dan antara aktiviti yang biasa dilaksanakan ialah Kuliah, Demonstrasi, Pemerhatian, Tembu Bual, Percambahan Fikiran, Perbincangan Kumpulan dan Main Peranan. Sungguhpun begitu LDP ini dianggap sebagai pendekatan tradisional dan mendapat kritikan kerana tidak efektif, tidak produktif, tiada kaitan dengan amalan guru, tidak melibatkan guru dan kekurangan tindak susul.

Paradigma pembangunan yang ditekankan antaranya ialah kepada usaha-usaha pembangunan profesional yang hanya memfokuskan kepada pembangunan keupayaan dan kecekapan mekanikal guru. Selain itu, peningkatan cara berfikir yang kompleks seperti yang dikehendaki dalam teori pembangunan kognitif yang sama walaupun umur yang berbeza-beza antara guru-guru. Salah satu model yang ditunjukkan dalam buku ini ialah Model Kitaran Karier Guru yang dikemukakan oleh Fessler (1995).

Klik sini untuk lihat >>> MODEL FESSLER (1995)

Turut disentuh ialah kaedah pembelajaran orang dewasa (berdasarkan Blackburn 2000) ialah

1) Sebagai orang dewasa yang matang (bebas dan berkemampuan mengarah dan menilai pembelajaran sendiri).
2) Pembelajaran dewasa adalah berasaskan pengalaman (latar belakang pengalaman).
3) Pembelajaran dewasa juga amat berkesan apabila berpusatkan dunia sebenar(berkaitan peristiwa hidup seharian dan fokus kepada tugasan yang punyai MATLAMAT).
4) Orang dewasa belajar secara berkesan dalam persekitaran pembelajaran yang bersesuaian (belajar secara mandiri).
5) Motivasi adalah kritikal dalam pembelajaran dewasa (kombinasi faktor dalaman menjadikan guru bertambah efektif).

Klik sini untuk lihat Jurnal Kajian yang dilaksanakan berkenaan >>> Model Inkuiri

Antara Model Pembangunan Profesional Guru yang menarik perhatian saya ialah MODEL INKUIRI. Model ini juga dikenali sebagai model kajian-tindakan kerana boleh dilaksanakan secara individu dan berkumpulan yang membawa kepada andaian bahawa guru akan mengembangkan idea dan strategi baru dalam pengajaran. Kajian juga boleh berlaku secara tidak formal, maka tidak menjadi sesuatu yang membebankan bagi guru tersebut. Berdasarkan kajian yang dilaksanakan akan merubah persepsi individu yang hanya pandai bercakap semata-mata berdasarkan rasa hati dan pemikiran yang terhad kepada pemikiran yang lebih terbuka dan sifat menerima dengan lebih positif akan situasi persekitaran yang berlaku.

Selain itu, model-model lain yang dibincangkan dalam buku ini ialah Model Arahan-Kendiri, Model Pemerhatian-Penilaian, Model Pembangunan-Penambahbaikan, dan Model Latihan. Semua model ini boleh digunakan dalam pembangunan profesional guru walaupun terdapat kelemahan dan kesan buruk namun penambahbaikan boleh dilaksanakan bagi mengatasi setiap kesan negatif/ kekurangan yang akan dihadapi. Insya-Allah. Amin.

Kesimpulannya, buku ini amat berguna kepada semua warga pendidik untuk membentuk sahsiah dan tingkatkan semangat untuk berkerja dalam organisasi sebuah sekolah. Sebagai guru juga haruslah sentiasa beringat bahawa faktor UTAMA kecemerlangan adalah bermula dengan pertamanya ialah guru, kedua ialah sekolah (pihak pentadbir) dan ketiganya ialah murid itu sendiri. Ini bermakna peranan guru adalah yang paling penting dalam proses untuk kecemerlangan dan hasil yang OPTIMUM. Maka guru sebagai pendidik yang dipercayai haruslah meletakkan SASARAN yang terbaik dalam bidang tugasnya sendiri seiring dengan kehendak KPM, JPN, PPD dan sekolah mengikut kemampuan yang boleh dilonjakkan ke peringkat lebih tinggi (cemerlang) mengikut acuan yang bersesuaian. Sekian.

(TAMAT)

Buku yang menarik untuk dibaca nanti klik sini >>> KAEDAH MENGAJAR SAINS (2005)

-Solat subuh sebentar...dan ada Mesyuarat Pasukan Gerakan SAGA Daerah Kinabatangan (SAINS) pada hari ini mula jam 8.00pagi (16-Feb-2011 Rabu) di SMK.Bukit Garam 2-

1 ulasan:

  1. Aku dah tgk blog hang...catatan yg banyak memberi manfaat kepada bakal2 guru....cayalah..

    Cuma aku rs jadik formal bila hang letak lagu Negaraku...wat aku terus berdiri....hihihi..bahaya2..

    Komen from Aida

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails