SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Khamis, 24 Februari 2011

Mesyuarat Sains -1

Mesyuarat Pertama PANITIA SAINS berjaya dilaksanakan dengan baik pada 23-Feb-2011. Terima kasih atas sokongan PK1 En.Zainuddin Ahmad di atas kehadiran beliau dalam mesyuarat ini. PK1 ambil berat!

Tahniah dan terima kasih kepada semua guru panitia sains yang dapat menghadirkan diri dalam membincangkan beberapa perkara bagi peningkatan akademik murid, profesionalisme guru dan kecemerlangan sekolah kita bagi masa kini dan akan datang.

Saya selaku Ketua Panitia meneruskan aka agenda yang hendak dibincangkan.

Perkara yang dititikberatkan dalam mesyuarat ini ialah

1) Pelan Perancangan Strategik Panitia Sains
2) Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PEKA)

Perancangan strategik mendapat pelbagai komen, kritikan dan perbincangan yang panjang. Walaubagimanapun, semua guru dapat menerima dengan seadanya dan semua guru panitia akan berusaha untuk mencapai KPI yang telah ditetapkan mengikut kehendak sekolah.

Terima kasih kepada Puan Saedah kerana banyak membantu saya dalam penyampaian maklumat PEKA kepada semua guru panitia. Semua Fail PEKA bagi tahun 3,4,5, dan 6 telah pun dikemaskinikan dan siap untuk digunapakai.

Adalah diharap kepada semua guru panitia terus berhubung kepada Penyelaras bagi setiap program/aktiviti yang telah dilantik dan rujuk kepada Ketua Panitia sekiranya terdapat sebarang permasalahan dan persoalan (cuba diselesaikan secara bersama) dalam merancang dan melaksanakan tugas yang diberikan.

Tahniah kepada En.Azizul dan En.Nordin kerana diberi tanggungjawab untuk menerajui bersama Panitia Sains bagi tahun ini 2011. Saya harap dengan kedatangan cikgu, dapat terus perkembangkan prestasi panitia dan akademik sains sekolah kita.

Sekian.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails