SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Selasa, 22 Februari 2011

Pertemuan Permuafakatan Pengakap-SK.Paris






(23-Feb-2011) Selasa- Pertemuan antara Majlis Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kinabatangan (ADC-Pentadbiran (Setiausaha) telah menemui Cik Ainah di Sek.Keb.Paris pada jam 1.45pm yang terletak lebih kurang 20km dari SK.Paris3 tempat bertugasnya saya sebagai seorang guru.

PK-Kokum sekolah en.Fitri tiada sebarang masalah untuk saya menemui beliau walaupun kedatangan saya sememangnya tidak diduga. Cuma makluman awal kepada Cik.Ainah telah saya buat (dalm facebook dan SMS pada pagi itu jam 10.40am)

Cik.Ainah asalnya merupakan seorang Setiausaha Pengakap sekolah yang sebelum ini diterajui oleh En.Jefree. Banyak perkara baru telag dibuat dalam program dan perlaksanaan pengakap. Pengesahan penubuhan pengakap di peringkat sekolah yang disahkan dan diluluskan oleh GB, telah menarik perhatian saya kerana prosedurnya mengikut ketetapan dan kehendak KPM.

Dalam pada itu, aktiviti pengakap giat dijalankan di sekolah ini setiap hari Rabu (hari Kokurikulum sekolah) bermula jam 3.00petang dan dibimbing oleh guru-guru penasihat dan pemimpin pengakap sekolah. Setakat ini masih tiada lagi wujud kerjasama antara pengakap Kelana bersama pihak sekolah dalam proses untuk menilai dan penambahbaikan aktiviti pengakap.

Syabas dan tahniah kepada pengakap sekolah ini yang sememangnya bergiat aktif sejak dahulu lagi (kira-kira 6tahun yang lalu). Tidak dinafikan lagi bahawa kepimpinan dan usaha guru-guru dan pihak pentadbir sekolah sentiasa mengambil berat akan murid dalam aktiviti pengakap, termasuklah proses pendaftaran ahli dan sekolah ke peringkat Persekutuan Pengakap Malaysia (kebangsaan) supaya setaip perjalan aktiviti yang dilaksanakan samada di dalam dan luar sekolah tidak menjadi RISIKO utama yang perlu di tangani.

Isu yang diberikan ialah, guru-guru memerlukan latihan kepengakapan supaya proses PNP kokurikulum Pengakap lebih terurus dan menjadi lebih menarik dengan pelbagai aktiviti yang tidak hanya tertumpu kepada nyanyian, ikatan, kawad dan perkhemahan.

Dalam pengakap juga, bleh dilaksanakan program AMAL BAKTI yang selalu di lakukan oleh mahasiswa universiti. Adalah diharap pihak sekolah juga dapat memberikan kerjasama dan respon yang positif bagi penambahbaikan segala perancangan Majlis Pengakap Daerah supaya wujudnya kerja berpasukan seperti kata pepatah melayu : BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DIJINJING. InsyaAllah.

Tahniah dan syabas kepada Cik Ainah yang telah dilantik sebagai Ketua Penyelaras Unit Beruniform Pengakap Sekolah walaupun beliau asalnya bukanlah seorang pengakap yang mendapat latihan secukupnya namun berkat usaha gigih dan kerjasama antara guru-guru di sekolah beliau, menjadikan kerja beliau mudah dan cepat bertindak. SYABAS!!!

PENGAKAP AMBIL TAHU

-Mustakim-
11.23pm (22-Feb-2011) Nur Niaga juga la kerana esok mahu meeting Panitia..siapkan laporan awal untuk laksanakan perkara yang....Tidak Bagus Bertangguh Kerja <<< Pesanan kepada diri saya sendiri yang selalu juga lewat dan leka ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails