SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Khamis, 17 Februari 2011

Pertemuan Permuafakatan Pengakap






Tahniah dan syabas kepada semua warga SMK.Sukau kerana berjaya menunjukkan semangat dalam menghidupkan hari kokurikulum setiap RABU dengan mengenakan pakaian uniform/baju t-shirt Unit beruniform.


Saya tiba di sekolah SMK-Sukau lebih kurang jam 2.30petang selepas habis mesyuarat di SMK.Bukit Garam 2 atas tujuan ingin adakan pertemuan permuafakatan dalam program penjelajahan ADC turun padang ke sekolah bertemu dengan Guru Pemimpin.

Atas inisiatif Guru Pemimpin (Cikgu Eja) dan juga Perlaksanaan KoKum yang padu (Cikgu PK-Kokum En.Sabri) maka sifat dan keperibadian pelajar di sekolah ini jauh lebih baik dari apa yang dijangkakan.

Tiada maksud untuk mencari kelemahan tetapi lebih kepada kaedah 'menang-menang' antara pihak sekolah bersama Daerah Kinabatangan dalam menyelesaikan masalah dan kesulitan yang dihadapi secara bersama.

Masalah kritikal ialah pengangkutan pelajara bagi melaksanakan aktiviti di luar sekolah kerana kedudukan SMK.Sukau yang terletak lebih kurang 40km dari simpang Sukau-Kinabatangan-Lahad Datu. (Akan cipertimbangkan dan dibincangkan kemudian)

Isu lain yang timbul ialah guru pemimpin pengakap memerlukan latihan dan kursus berkaitan kepengakapan dan bantuan luar (Insya-Allah akan dibincangkan bersama ADC dan DC)

Sifat pengetua En. Albert yang terbuka dalam lawatan saya ke sekolah secara mengejut tanpa surat dan pemberitahuan awal, jelas menunjukkan bahawa tiada KUASA birokrasi dan kaedah demokratik yang tinggi dalam sebuah organisasi. Seterusnya beliau memberikan kepercayaan penuh kepada En.Sabri selaku PK.Kokum sekolah untuk berurusan dengan saya (memberi kebenaran untuk mengambil gambar sekitar sekolah dan menulis di blog)

Terima kasih kepada PK1 saya juga iaitu Cikgu Zainuddin Ahmad kerana meneman
i saya ke SUKAU ;)

(sambung lagi nanti...nak siap pergi sekolah.... -mus- 17/Feb/2011-5.50pagi)

2 ulasan:

  1. timekasih atas kunjungan ke sukau dan perkongsiaan maklumat

    BalasPadam
  2. sama-sama....dalam minggu depan saya akan turun di sukau untuk Sek.Rendah pula...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails