SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Selasa, 15 Februari 2011

RPH -SAINS Sekolah rendah


Ketua Panitia WAJIB mencergaskan diri….
Saya menemui Cikgu Saedah (14-Feb-2011) di pusat sumber untuk membincangkan tentang format RPH yang akan diguna pakai secara seragam di peringkat sekolah (tahap 1 & 2).

Perbincangan berlangsung selama 20minit sehingga waktu rehat murid pun tamat. Perkara utama yang menjadi putaran dalam perbincangan ini ialah meletakkan kandungan bagi LEARNING OBJECTIVES & LEARNING OUTCOMES. Saya memberi pendapat agar L/O lebih spesifik untuk menilai murid/kelas tersebut.
Cikgu Saedah menyifatkan perbincangan tadi sebagai pertemuan professional, namun saya terasa amat kerdil dalam ketika menandatangani dalam buku RPH beliau. Sesungguhnya saya ini insan yang masih lagi belajar dan banyak kesilapan yang perlu ditegur. Masakan pokok bergoyang jika tiada hembusan bayu, masakan ada perkataan jika tiada ucapannya.
Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Cikgu Saedah yang banyak memberi masa, pendapat dan pertolongan dalam masa menyiapkan keseragaman penulisan RPH (subjek SAINS) untuk panitia.



*Catatan: Pendapat saya LO itu telah dibincangkan dalam pertemuan seterusnya bersama guru sains yang lain. Perkara sebenar ialah, LO (learning objective) digunakan untuk tujuan UMUM, manakala LO(learningg outcome) digunakan untuk tujuan yang lebih spesifik. Sekian dan terima kasih.

Dikemaskini kembali entri ini pada
7.16pagi
1-Mac-2012
Khamis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails