SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Sabtu, 5 Februari 2011

HRMIS_Jan2011


Guru Data ke S.M.Agama Sandakan


Salam.

Pada 20-Jan-2011 GB telah maklumkan kepada saya selaku GD untuk hadir ke satu taklimat yang akan diadakan di dewan Sek.Men.Keb. AGAMA Sandakan (Jalan Batu Sapi)

Pelaksanaan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (Human Resource Management Information System –HRMIS) telah dikuatkuasakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2005. HRMIS adalah salah satu projek di bawah Aplikasi Perdana Projek Kerajaan Elektronik. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selaku agensi pusat yang bertanggungjawab ke atas dasar sumber manusia perkhidmatan awam telah dipilih sebagai agensi utama (lead agency) bagi menerajui pelaksanaan projek ini.






GB maklumkan, beliau turut hadir sama di sana. Alhamdulillah ada juga teman. Saya pergi ke sana setelah masuk kelas pertama saya pada hari khamis krn tidak mahu melihat anak didik saya keciciran (silibus) sedangkan pada masa itu minggu terakhir untuk bulan Januari.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, saya menuju ke Bukit Garam dan menumpang kawan (Avanza) dari Bukit Garam ke Sandakan. Setiba di sana, taklimat telah pun dimulakan dengan tayangan video. Suasana ketika itu HUJAN LEBAT dan sejuk dalam dewan besar. Rasanya tidak sesuai untuk diadakan taklimat dalam dewan sebegitu.



Info Bengkel

Tajuk :PEMURNIAN MAKLUMAT PERJAWATAN DAN PENGENALAN SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HRMIS) SERTA KEPENTINGANNYA PERINGKAT JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH

Tarikh :27-Januari-2011 (Khamis)
Masa :2.00petang hingga 5.00petang

Perkara yang perlu dibawa :
1) Carta organisasi sekolah terkini
2) Maklumat perjawatan tahun 2011

Antara intipati dan kepentingan bengkel ini ialah...

Mengapa HRMIS dilaksanakan???
-Untuk mencapai Wawasan 2020 dan perkembangan teknologi ICT.
Sila klik di sini untuk capai laman RASMI hrmis >>> http://www.eghrmis.gov.my/


Apakah kaitan HRMIS dengan konsep 1Malaysia?
-1sistem yang boleh digunakan oleh 1Malaysia secara mesra pengguna (friendly user).

Tepat jam 2.55petang
TAKLIMAT PENGENALAN HRMIS
  • Penjawat awam (kakitangan/ pegawai/ guru) wajib memasukkan data SENDIRI.
  • Setiap orang sentiasa mengambil berat tentang PERKEMBANGAN diri.
Klik sini


1. PENGENALAN

1.1- Sistem maklumat sumber manusia untuk mencapai transformasi global.

1.2- Bermula dari proses pengambilan (tenaga kerja) sehingga persaraan.

2. OBJEKTIF

2.1- Perancangan tenaga kerja (saiz unit, berkesan, sumber tepat)

2.2- Automasi proses kerja dengan lebih cekap menggantikan sistem fail (rak) kepada sistem fail berkomputer.

2.3- Bangunkan sistem maklumat moden dan terkini (TERBUKA).

2.4- Komunikasi dan integrasi dipermudahkan (capaian single window).

2.5- Persekitaran mesra alam (paper less) diwujudkan.

3. CIRI-CIRI

3.1- Dipacu oleh proses (pemohon > penyokong > pelulus)

3.2- Kemudahan layan diri (antaranya BRP, Rekod peribadi, cuti DLL)

3.3- Faedah untuk kelayakan pangkat, paper-less dan ketahui polisi

4. MODUL HRMIS

-Mempunyai 14 modul

Klik disini >>> http://www.eghrmis.gov.my/ruangan-pembelajaran/kit-latihan-modul-hrmis


Solat Dahulu Jika Belum...Boleh Sambung Baca Kemudian...Semoga Allah Memberi Hidayat dan Kefahaman dalam Solat untuk Kita Berjaya Dunia dan Akhirat. Amin. ALLAH HU AKHBAR



5. FAEDAH

-Kepada sebuah organisasi kerajaan lebih efisien

-Pengurusan sumber manusia (data yang bersepadu, proses menyeluruh)

q Menyediakan maklumat sumber manusia yang bersepadu, tepat, cepat dan ‘reliable’ dengan adanya kemudahan sistem secara real-time dan on-line (perjawatan, pengisian, kekosongan)

q Membolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam yang berkesan melalui maklumat sumber manusia yang lengkap

q Memudahkan proses menganalisis, membuat keputusan dan pemantauan di peringkat pengurusan tertinggi dan agensi (statistik dan laporan)

q Polisi, prosedur dan proses sumber manusia yang seragam (berdasarkan pekeliling)

q Integrasi antara fungsi-fungsi sumber manusia secara menyeluruh (input saling berkaitan antara modul)

q Mengautomasikan proses-proses operasi pengurusan sumber manusia (cuti, pencen)

q Mewujudkan komunikasi yang lebih baik di kalangan agensi dan kakitangan melalui integrasi sistem dan perkongsian maklumat (government directory)

q Aktiviti sumber manusia yang kurang produktif dapat dikurangkan dan memberi tumpuan kepada aspek strategik dalam pengurusan sumber manusia (rekod aktiviti secara manual)



Lembutkanlah hati aku ini Ya Allah dan berkatilah usaha kami Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


FAEDAH TAMBAHAN

-Pekerja (kepuasan, motivasi kendiri, produktiviti, bermutu dan punyai perancangan untuk masa hadapan)

-Persaraan(pencen) http://www.jpapencen.gov.my/slide%20taklimat%20hrmis.pdf

Pasukan perlaksanaan di SABAH

Individu ---> Sekolah ---> Pejabat Pelajaran Daerah


JPN-Sabah

(menyelaras, disahkan/dikemaskini/ membangunkan kepakaran)



Nota Tambahan


HELPDESK HRMIS Sabah :
Telefon : 088-230386
Emel : hrmis.sabah@moe.gov.my


Disediakan oleh;

Guru Data
Sek.Keb.Paris 3 Kinabatangan Sabah
Februari 2011




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails
jssdk'));