SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Khamis, 3 Februari 2011

Eksplorasi Sains -Tumbuhan (Tahun 4PA)

















PNP (Eksplorasi)
Tahun 4
Keperluan Asas (Tumbuhan) -Unit 1
Tarikh: 26-Januari-2011
Hari: Rabu
Waktu: 11.00-12.00 tengah hari (60minit)
Keadaan Cuaca: Panas dan berangin sederhana.





Tahun 4Pa agak ketinggalan bagi subjek sains untuk 1sesi PNP dalam seminggu. Ini adalah kerana terdapat 13 orang murid yang memerlukan bimbingan secara khusus dari guru dibantu pula oleh rakan dalam kumpulan.

Untuk atasi masalah ini, saya telah minta kelas 4PA dan juga 4PG untuk membentuk 5kumpulan yang terdiri daripada ahli yang benar-benar baik dalam akademik, kokurikulum dan aktif bersama dengan 3orang murid yang benar-benar kurang aktif, lemah dalam akademik dan tidak minat kokurikulum (berpersatuan).

Corak ini akan diguna pakai dalam tempoh 3bulan pertama bermula Februari, Mac dan April.
Ketua kumpulan akan diberikan tugasan untuk membantu rakannya yang lemah dalam mencari jawapan bagi soalan dan aktiviti yang dilaksanakan dibantu oleh ahli kumpulan yang lain. Teknik pembelajaran KOPERATIF memberi ruang kepada individu untuk terus meningkat dalam suatu bidang melalui perkongsian kepakaran/ kebolehan/ idea secara bersama malah ahli yang lemah turut menerima IMPAK positif untuk terus maju kerana mendapat sokongan dan bimbingan dari banyak pihak yang mana golongan yang lemah ini merasakan dirinya diterima oleh setiap ahli dan dirinya sendiri akan berusaha untuk memperbaiki mutu dan kecemerlangan kumpulannya sendiri.






InsyaAllah akan sentiasa membantu hambanya yang cekal berusaha dan tidak putus harap berdoa sungguh-sungguh kepada Allah Taala. Moga cahaya keimanan terus menyelubungi hati anak-anak ku ini dalam mempelajari SAINS, menerokai dunia sebenar disekeliling mereka dan takjub dengan ciptaan ALLAH yang MAHA BESAR. Dengan itu, kecemerlangan dalam apa jua perkara dapat dicapai dengan kasih sayang dan hidayat daripada Allah kepada hambanya yang sentiasa berfikir akan ciptaan keagungannya itu. InsyaAllah.


Kelas ini telah diadakan pada waktu akhir selepas rehat selama 2masa = 60Minit. Murid dibahagikan kepada 3sesi.
  1. Penerangan dari guru dan seterusnya murid terima arahan untuk bina jadual dan bentuk kumpulan (dalam kelas)
  2. Mencari maklumat dan mengasingkan maklumat mengikut jenis tumbuhan besar & kecil (diluar kelas).
  3. Perbincangan kumpulan (lelaki & perempuan) keperluan asas tumbuhan dan kesan buruk tidak menjaga tumbuhan dan hutan dengan baik (diluar kelas).


Sekian

Disediakan oleh;



Guru Sains Tahun 4
(Ketua Panitia Sains)
Sek.Keb.Paris 3 Kinabatangan
Tahun 2011



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails