SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Selasa, 22 Februari 2011

Pertemuan Permuafakatan Pengakap -SK.Sandau

Salam Pengakap.

Pada 21-Feb-2011 saya sekali lagi pergi ke sebuah sekolah berjiran dengan SK.Paris3 iaitu Sek.Keb.Sandau yang mana Tuan Guru Besar iaitu Puan Salmah mengetahui akan niat saya untuk hadir ke sekolah beliau dalam menemui Guru Pengakap.

Selesai sahaja mesyuarat sekolah Sandau, saya sempat juga akhirnya menemui En.Shukor yang merupakan Guru Penasihat (K) Unit Beruniform Pengakap. Banyak perkara dan isu yang dikemukakan oleh beliau, dalam keramahan beliau itu juga menjadikan pertemuan ini lebih bermakna ditambah lagi dengan sokongan Guru Besar (Puan Salmah) yang sanggup membuka kembali pintu pejabat sekolah semata-mata penuhi niat saya untuk melihat dokumen kepengakapan yang ada di sekolah tersebut.

Alhamdulillah, berkat usaha keras semua guru pengakap di sekolah ini, aktiviti pada bulan Jan dan Feb telah dapat dilaksanakan dengan baik dan mempunyai LAPORAN yang lengkap. Isu yang timbul ialah PENDAFTARAN pengakap diperingkat sekolah untuk ke Persekutuan Pengakap Malaysia. Selain itu, bahan rujukan yang digunakan lebih berorientasikan buku panduan perkhemahan dan buku panduan pengakap untuk guru semata-mata yang belum lagi di perincikan kepada Ujian dan penilaian untuk murid(ahli pengakap).

Sekalipun bilangan ahli pengakap di sekolah ini agak sediit iaitu 28 orang (setakat ini), namun tidak menjejaskan aktiviti kepengakapan dalam sekolah disamping beberapa orang guru yang tiada tauliah dalam pengakap namun atas maksud menunaikan tanggung jawab dan sifat ingin belajar memajukan diri, murid, sekolah dan Negara, guru-guru ini sanggup belajar secara sesama sendiri. Isu yang lain ditimbulkan ialah ruang tapak perkhemahan yang terhad.

Dengan maksud kedatangan saya ke sekolah ini, sedikit sebanyak membuka mata kami(majlis pesuruhjaya pengakap) akan situasi yang berlaku di sekolah tersebut. InsyaAllah dalam beberapa jangka masa terdekat, PPMCSD-Kinabatangan akan cuba untuk membantu pihak sekolah dan sentiasa mengambil berat akan kebajikan guru penasihat dan pemimpin pengakap di peringkat sekolah.


Terima kasih kepada En.Shukor kerana sudi melapangkan masa bersama saya dalam memajukan pengakap daerah Kinabatangan seiring dengan kecemerlangan murid dan sekolah. InsyaAllah. Amin

PENGAKAP AMBIL BERAT





-MUSTAKIM-
10.58pm (22-Feb-2011)
Kedai Nur Niaga Bandar Sri Perdana (Wifi Yang laju dan pantas)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails