SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Selasa, 15 Februari 2011

AJK - Pusat Sumber


Khamis (10-Feb-2011)- Mesyuarat sekali lagi diadakan di bilik gerakan dan selaku KP-Sains turut terlibat dalam agenda yang akan dibentangkan. Syabas dan tahniah kepada Puan Saedah kerana dipilih sebagai Guru Media. Tanggung jawabg itu akan dipikul bersama dengan mesyuarat. Maka hari ini jawatankuasa Pusat Sumber (PS) telah ditubuhkan.

Cikgu Zainuddin Ahmad (PK-1) memulakan ucapannya dan memaklumkan bahawa GB bergerak ke PPDK untuk mengambil guru baru. PK1 menegaskan bahawa semua panitia perlu sediakan carta organisasi, pelan strategik (minggu depan hantar 14-Feb-2011) dan RPT&RPH. Format bagi RPH bagi setiap panitia haruslah diselaraskan.





Dalam mesyuarat ini lebih banyak suara mendiamkan diri walaupun Pn.Saedah mengatakan bahawa AJK PS mempunyai suara untuk memberi cadangan dank omen penambahbaikan.

Saya juga turut mengalami situasi yang sama. Sudah masuk hari kedua mesyuarat mungkin saya masih tidak lupa akan keperluan mesyuarat pada hari semalam. Malah, pada keesokan harinya masih ada lagi mesyuarat berkenaan dengan aktiviti Kokurikulum. Inilah tugas guru yang kadangkala dipandang rendah oleh pihak lain atas kerana tindakan dan sifat guru kadangkala menjengkelkan dipandangan mata mereka. Selaku guru juga setiap tindak tanduk akan diperhatikan malah kata-kata seorang guru merupakan azimat bagi sesetengah orang umpama mentera yang terkena pukaunya.

Berbakti terus dan terus untuk Agama Allah dalam mencari keredhaan Allah Taala.

Laksanakan tugas dan keperluan dunia sebagai bekalan diakhirat (mulakan sesuatu perkara itu dengan Nama Allah)

Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails