SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Isnin, 21 Januari 2013

Sains Tahun 4 Benda Hidup Menjalani Proses Hidup (Bab 1. Manusia)

Alhamdulillah, pada hari ini pnp telah masuk pada minggu ke-4.

Sains tahun 4 PA, mempelajari tajuk yang baru iaitu Proses Hidup Manusia.

Terlebih dahulu, murid didedahkan dengann soalan-soalan untuk menggerakkan akal fikiran mereka agar lebih cergas di waktu pagi (kerana pnp saya bermula seawal 7.15 hingga 8.15 pagi).

Untuk pnp kali ini, saya menggunakan teknik kolaboratif. 

Murid dalam kumpulan mengikut barisan (3 barisan memanjang), diberikan soalan untuk dijawab kemudian mendapat markah mengikut kumpulan.


Bermula dengan soalan, 

1. Cuba tarik nafas dan hembus, kemudian apakah yang kamu rasa di dada kamu?
2. Apakah jenis udara yang masuk ketika kamu sedut udara?
3. Apakah jenis udara yang keluar ketika kamu hembus udara?
4. Adakah udara yang masuk dan keluar itu sama?

Segala jenis jawapan saya perolehi dari murid.

Seterusnya, murid menggunakan buku teks untuk mengadakan perbincangan dengan lebih lanjut.

Nota ringkas diberikan dengan kadar yang segera untuk menjimatkan masa laksanakan aktiviti kumpulan.

Manusia Bernafas.


1. Ketika menyedut udara,
    udara masuk = oksigen
    bahagian dada akan mengembang

2. Ketika menghembus udara,
    udara keluar = karbon dioksida
    bahagian dada akan mengecut



Kesimpulan

1. Udara yang masuk ialah oksigen berbeza dengan udara yang keluar ialah karbon dioksida.

2. Manusia menggunakan paru-paru untuk bernafas.


Soalan ringkas diberikan kepada murid untuk menguji kefahaman asas sains bagi pnp kali ini.

1. Apakah jenis udara yang masuk ketika sedut udara?
2. Apakah jenis udara yang keluar ketika menghembus udara?
3. Apakah organ yang digunakan oleh manusia untuk bernafas?


InsyaALLAH, pada pnp akan datang satu video atau gambar akan disediakan beserta lembaran kerja kumpulan dan individu dalam teknik pengajaran koperatif dan konstruktivis.

Sekian.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails