SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Khamis, 31 Mei 2012

Pemantapan Konsep Sains UPSR Bahagian B Siri-2

  



Soalan kali ini, saya bawakan untuk mengukuhkan lagi kefahaman bagi soalan siri-1 yang pernah dilaksanakan. Jawapan tidak disediakan tetapi anda haruslah berbincang bersama rakan. Soalan ramalan bagi UPSR 2012 akan dimasukkan tidak lama lagi. Sebarang masalah sila hubungi saya di 

UPSR
Subjek Sains Tahun 5
Tema Menyiasat Alam Fizikal
Topik : Haba


Soalan 2.


150ml air dalam sebuah bikar dipanaskan selama 10 minit. Suhu air direkodkan setiap 2 minit.
Jadual di bawah menunjukkan keputusan penyiasatan ini.


1. Apakah tujuan penyiasatan ini?


2. Nyatakan dua maklumat yang dikumpulkan dalam penyiasatan ini.


3. Apakah pola corak perubahan suhu air selepas 10 minit?


4. Ramalkan suhu air pada minit ke- 7.


5. Nyatakan pemerhatian daripada penyiasatan ini.


6. Nyatakan apa yang...

    (i) diubah (pemboleh ubah dimanipulasikan)

    (ii) diperhatikan (pemboleh ubah bergerak balas)

   (iii) dimalarkan (pemboleh ubah yang ditetapkan)

BINCANGKAN JAWAPAN ANDA BERSAMA RAKAN DAN GURU SAINS 

SELAMAT MENCUBA

(isipadu air dalam bikar akan berkurangan selepas 10 minit. Mengapakah keadaan ini berlaku?)

NOTA (SUMBER: http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=UPSR&s=SCI&b=OKT&m=3&t=&r=g&i=PNP)

BACA NOTA??? KLIK DI BAWAH

Tenaga Haba 
1.
Haba adalah suatu bentuk tenaga.
2.
Objek yang menerima tenaga haba akan menjadi panas.
3.
Haba boleh mengalir dari objek yang panas kepada objek yang sejuk.
4.
Sumber tenaga haba utama bagi Bumi ialah Matahari.
5.
Tanpa tenaga haba dari Matahari, Bumi akan menjadi terlalu sejuk dan tidak sesuai untuk didiami oleh hidupan.
6.
Sumber-sumber lain tenaga haba termasuklah daripada pembakaran bahan dan tenaga elektrik.
7.
Tenaga haba juga boleh mengubah keadaan fizikal bahan.
8.
Apabila sesuatu bahan dipanaskan, bahan itu akan mengembang danbertambah saiznya.
9.
Apabila sesuatu bahan disejukkan, bahan itu akan mengecut danberkurang saiznya.
  
Kesan Haba ke atas Bahan 
(a)       Pengembangan dan Pengecutan Pepejal 
1.
Pepejal akan mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabiladisejukkan. Namun begitu, pengembangan dan pengecutan pepejal tidak melibatkan perubahan yang besar dan sukar dikesan oleh mata kasar.
2.
Contoh pengembangan pepejal:
Penutup botol (logam) yang ketat boleh dibuka dengan mudah dengan memanaskan penutup itu. Apabila penutup dipanaskan, ia akan memgembang dan bertambah saiznya. Ini membolehkan penutup itu dibuka dengan senang.
3.
Aplikasi pengembangan dan pengecutan pepejal

i.
Celah-celah pada landasan kereta api di bahagian penyambungannya bertujuan untuk mengelakkan landasan besi membengkok apabila mengembang pada hari panas.

ii.
Kabel telefon dan kabel elektrik dipasang kendur sedikit di antara tiang. Ini bertujuan untuk mengelakkan kabel menjadi tegang dan putus pada waktu malam yang lebih sejuk.
  
(b)       Pengembangan dan Pengecutan Cecair 
1.
Cecair juga mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan.
2.
Pengembangan dan pengecutan cecair adalah lebih banyak daripada pepejal.
3.
Aplikasi pengembangan dan pengecutan cecair

Pengembangan dan pengecutan merkuri (raksa) dalam termometer membolehkan kita menyukat suhu sesuatu bahan.
  
(c)       Pengembangan dan Pengecutan Gas 
1.
Seperti pepejal dan cecair, gas juga boleh mengembang dan mengecut.
2.
Pengembangan dan pengecutan dalam gas adalah paling banyakberbanding pepejal dan cecair.
3.
Aplikasi pengembangan gas

Dalam industri membuat roti, gas karbon dioksida hasil daripada penapaian yis (ragi) mengembang apabila adunan roti dipanaskan. Ini akan menaikkan adunan roti.


2 ulasan:

  1. OH... Sekarang Lebih Mudah Untuk Saya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. semua akan menjadi lebih mudah apabila lebih berusaha..insyaALLAH..moga berjaya

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails