Selaku guru SMM yang dilantik mulai Januari 2012, saya tidak banyak pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan data SMM. Maka, banyak perkara yang agak kekok disaat permulaan melaksanakan tugas ini. Namun begitu, Cikgu Emran Sumanggil, selaku GPK HEM yang berpengalaman dalam tugas ini (SMM) banyak membantu saya. Kutipan Januari 2012 dan untuk Mei 2012 ini dikendalikan sepenuhnya oleh cikgu Emran dalam penyediaan laporan dan lampiran pengesahan. Saya hanya memerhati dan belajar serba sedikit.
Bengkel kali ini, merupakan kali kedua dilaksanakan pada tahun ini dan diselia oleh En. Alsharo yang berpengalam 10tahun mengendalikan sistem SMM ini.
Dalam bengkel kali ini, saya juga banyak belajar (dari asas) untuk pengisian maklumat murid, kokurikulum,dan keperluan maklumat yang lain. Setelah diperhatikan dan di praktikkan sepanjang bengkel ini bersama cikgu dari SK Jaya Baru, saya mulai seronok kerana sudah boleh melakukan sendiri. Maka, saya mohon kepada GPK HEM untuk memberi maklumat murid yang berkaitan untuk dikemaskinikan.
Terima kasih kepada semua rakan guru terutama GPK HEM Cikgu Emran.
InsyaALLAH, saya akan cuba baiki dan lakukan yang terbaik. Alhamdulillah.
(untuk SMM saya menggunakan Versi 4.02)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan