SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Khamis, 11 Ogos 2011

JawatanKuasa Laman Web Sekolah

Bismillahhirahmannirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Semuanya datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah jua.

Pada hari Rabu 10-Ogos-2011 pihak sekolah telah adakan satu mesyuarat pertama untuk jawatankuasa laman web sekolah.

Pada hari Isnin (8-Ogos-2011) GB membincangkan perkara ini (adakan meeting) dan minta surat meeting dikeluarkan. Beberapa nama telah disenarai pendek mengikut keperluan bagi tujuan tersebut. Maka, surat panggilan meeting dikeluarkan pada hari selasa 09-Ogos-2011 jam 2.30petang (selepas Cikgu Flora memberi keterangan SAPS).




Mesyuarat pertama ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran penuh oleh semua yang terlibat.

GB mengingatkan bahawa laman web ini hendaklah sentiasa diperbaharui dan tidak terlalu terbiar dengan maklumat yang lama diletakkan. Laman web juga mengikut peraturan dari KPM. Menggunakan laman web tidak berbayar.




Seterusnya, dalam mesyuarat ini telah diputuskan beberapa nama sebagai jawatankuasa adalah seperti berikut;

Pengerusi : En.Norazam bin Ahmad
Tim. Pengerusi (1) : En. Zainudin bin Ahmad
Tim. Pengerusi (2) : En. Emran bin Sumanggil
Tim. Pengerusi (3) : En. Hilman bin Talib
Penyelaras : En. Faizal
Setiausaha : En. Mustakim
Juruteknik : En. Rasyid
Ahli Jawatankuasa
1) Kurikulum dan Peperiksaan : Pn. Flora
2) Kokurikulum : Cik Maznie
3) Kerohanian : Ustaz Rahmat
4) Program dan Aktiviti (sesi pagi) : Pn. Saedah
5) Program dan Aktiviti (sesi petang) : En. Omar
6) Gambar dan Video : En. Niezam
7) Tugas Khas : En. Asran

Berikut merupakan senarai WEBMASTER sekolah yang dilantik dan diputuskan dalam mesyuarat
1)Ustaz Rahmat
2)En. Niezam
3)En. Mustakim
4)En. Rasyid




Seterusnya, hasil dari jawatankuasa yang dilantik, satu manual kerja (prosedur/proses kerja) akan disediakan oleh Penyelaras supaya setiap maklumat dan info yang hendak dimasukkan melalui proses yang betul dan disemak sepenuhnya oleh Penyelaras bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak di ingini umpamanya bahan yang dimasukkan dalam laman web boleh membawa unsur perpecahan mahupun menjatuhkan reputasi sekolah.




Semoga, jawatankuasa yang dilantik dapat menunaikan amanah yang diberikan dan laksanakan tanggung jawab dengan sabar, redha dan tekun.

InsyaALLAH. Bersatu dalam satu pasukan membentuk jemaah yang harmoni dan dirahmati Allah. Amin.


Sekian....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails