SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Rabu, 24 Ogos 2011

Guru Bertugas Ogos 2011

Cikgu Mustakim dan cikgu Zuria bertugas sepanjang minggu ini bermula 22-Ogos-2011 hingga cuti sekolah bermula untuk raya merdeka.

Itulah perkara yang saya dapat pada awal pagi daripada PK HEM (Cikgu Emran) terima kasih kerana mengingatkan saya. Pada pagi Isnin tersebut, saya sibuk menyiapkan beberapa perkara mengenai EMIS dan data untuk dibawa dalam bengkel Guru Data yang akan dimulakan pada pagi ini (Isnin 22Ogos2011) di PKG Kinabatangan bagi tujuan Penerangan penggunaan variable baru dari En.Alhassim.

Pada perhimpunan pagi ini, Ustaz Zul menyampaikan dahulu laporan ringkas sepanjang beliau bertugas sebelum ini. Setelah itu, ucapan dari beberapa orang guru iaitu cikgu Saedah memaklumkan bahawa minggu pusat sumber masih berjalan hingga akhir minggu ini dan beberapa aktiviti telah dilaksanakan dan akan diadakan bagi beberapa pertandingan bagi minggu ini dan diharap semua kelas serta guru ambil bahagian dalam menceriakan ruang kelas bagi tujuan sambuta kemerdekaan.

Selain itu, Ustazah Salmah juga menyampaikan maksud tujuan beliau berucap untuk menyatakan bahawa beberapa pertandingan sepanjang Bulan Ramadhan telah diadakan yang dianjurkan oleh Panitia Agama Islam. Maka pada hari ini, penyampaian hadiah bagi para pemenang dari peserta yang menyertai hadiah dan aktiviti tersebut.

Berikut sedikit gambar....






Setelah selesai, maka perhimpunan diteruskan dengan ucapan dan amanat dari PK 1 (En.Zainudin Ahmad) Perkara penting yang masih saya ingat lagi ialah MURID TIDAK TAHU APA PERKARA YANG DIA TIDAK TAHU..ini adalah sangat bahaya....

Perhimpunan pada kali ini, amat panjang bagi saya. Selain itu terdapat ramai murid yang tidak dpat hadir dengan awal/pada perhimpunan. Selain itu teguran untuk menutup suis elektrik bagi elakkan pembaziran.

Sekian wassalam..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails