SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Isnin, 1 Ogos 2011

Ramadhan 2011 SK Paris 3

MEMBACA AL-QURAN DIPERBANYAKKAN
TINGKATKAN SOLAT SUNAT DALAM QIAMULLAIL
BERSOLAT TERAWIH SESUNGGUH-SUNGGUH
SELAMAT BERAMAL MUSLIMIN MUSLIMAT

Salam ramadhan datang kembali...kini (1-Ogos-2011) Isnin bermula umat Islam berpuasa.

Pada perhimpunan pagi ini, Ustaz Zulkifli menyampaikan sedikit info tentang kedatangan bulan ramadhan dan seidkit tazkirah kepada murid-murid.



Penyampaian hadiah bagi para peserta yang memenangi pertandingan yang diadakan pada minggu lepas sepanjang MINGGU MATEMATIK disampaikan oleh PK 1 En.Zainuddin di iringi bersama En. Nik Helmi Azuar...majlis berjalan lancar. Kebanyakan para pemenang, terdiri daripada murid yang mendapat markah yang baik dalam subjek matematik di kelasnya sendiri.







Senyum riang dari wajah murid tidak dapat di tutup makanya ternampak dan terserlah gigi putih murid SK Paris 3 (memandangkan klinik pergigian bergerak sudah tiba di sekolah pada bulan jun dan julai, maka tiada lagi murid yang mengalami masalah karies GIGI)



PK 1 menyampaikan beberapa amanat yang penting terutama murid tahun 6 yang bakal menghadapi UPSR pada tahun ini. Keputusan dari Ujian EXCEL (peringkat JPN Sabah) menunjukkan penurunan dan prestasi peratus LULUS amat mendukacitakan. Maka PK 1 mengingatkan agar murid-murid lebih strugle (bersungguh usaha keras) dalam meningkatkan prestasi dan membaiki keputusan dalam akademik untuk kecemerlangan diri di UPSR akan datang tidak lama lagi.










Sepanjang perhimpunan pagi ini, terdapat 3 orang murid yang mengalami masalah pening dan 1 orang muntah-muntah. Cikgu perempuan membantu murid tersebut dan membawa mereka ke pejabat sekolah untuk rawatan susulan. Manakala seorang murid terpaksa direhatkan kerana mengalami sedikit kecederaan di batang hidung.

Usaha pagi ini (panitia sains) membuahka hasil apabila, PK 1 melihat kertas kerja program dan memberi respons yang baik. Saya menuju ke kelas dan menampal jadual strategi bagi kerja berkumpulan untuk program KLINIK SAINS UPSR. Semoga usaha ini berjaya. InsyaALLAH.

selamat berbuka puasa yang pertama untuk hari ini ;)



(mmk) 1.08pm Bilik Guru Sk Paris 3
Online streamyx berkelajuan sederhana jerk nih....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails