SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Rabu, 10 Ogos 2011

PPD Kinabatangan datang sekolah!!!

Salam sejahtera dan salam ramadhan....
Pada 09-Ogos-2011 (Isnin) tepat jam 10.05pagi segorombolan pasukan dari PPD Kinabatangan telah tiba di sekolah dan memasuki ruang Bilik Gerakan. Pada masa itu, saya sedang sediakan bahan-bahan bagi pembentangan nanti selaku Ketua Panitia Sains.








Guru besar memulakan dengan baik di ikuti dengan PK 1 menyampaikan beberapa masalah yang dihadapi dengan murid yang tidak dapat hadir ke sekolah dengan baik dalam kelas tuisyen atas beberapa faktor (cuma saya tidak mahu tulis panjang di sini).

Setelah itu, Cikgu Flora selaku Setiausaha Peperiksaan mula membentangkan laporan dan menunjukkan beberapa data yang berkaitan dengan prestasi murid dalam semua subjek melalui jadual dan graf.

Setelah Cikgu Flora selesai berbicara, giliran Ketua Panitia untuk membentangkan perkara yang dihadapi atau pun sedang dilaksanakan.

Saya tampil sebagai KP yang pertama dalam membentangkan laporan.

Pertamanya saya menceritakan tentang beberapa langkah dan program yang telah di atur oleh panitia sains skeolah. Kemudian, saya menjelaskan akan Objektif program untuk kecemerlangan UPSR & Klinik Sains berdasarkan kepada kertas kerja yang pernah saya berikan kepada pihak sekolah. Atas kefahaman yang lemah ini, saya cuba menjelaskan bahawa setiap klinik sains yang dilaksanakan lebih kepada berunsur Kerja Berkumpulan dan dipantau oleh guru dalam memberi galakan dan panduan hanya untuk teknik menjawab khususnya.






Namun, ada beberapa teguran dan komen dari PPD yang membuka minda saya supaya lebih berhati-hati dan jelas terperinci dalam melakasanakan tugas. Iaitu
1)Nyatakan setiap aktiviti dengan jelas dan terperinci dari segi lembaran kerja, cara perlaksanaan antara murid dan guru, tempoh masa, laporan prestasi, rekod kehadiran, rekod prestasi secara BERKALA, kesimpulan dan post-mortem.

2)Sebagai penyampai/guru hendaklah pasti dan yakin dengan setiap data dan maklumat yang ditulis, diperkatakan, dan yang hendak di sampaikan.

3)Menggunakan pelbagai teknik dan strategi dalam pnp serta mengawal kelas dengan baik supaya murid dapat mengikut kelas dalam keadaan yang lebih teratur.

4)Berkongsi masalah dan idea bersama guru berpengalaman supaya setiap masalah dapat di atasi dengan segera dan dikongsikan untuk di fikirkan bersama.

5)Segera dalam setiap tindakan dan membuat keputusan dengan betul dan tepat (tidak ragu-ragu).

6)Guru/pentadbir/penyampai haruslah berani dalam akui kesalahan sendiri.

7)Fail panitia hendaklah sentiasa dikemaskini dan belajar dari En. Anuar dalam sistem atur fail yang baik.

Alhamdulillah, dengan kedatangan PPD ke sekolah dan memberi beberapa amanat dan nasihat serta teguran itu dapatlah dijadikan sebagai panduan, sandaran dan penambahbaikan dalam setiap perkara yang hendak dilaksanakan selepas ini.







Berusahalah kita sedaya upaya yang mungkin.

Berdoalah kepada ALLAH agar semoga perkara dipermudahkan dan mendapat keberkatan dan kejayaan di dunia dan khususnya di AKHIRAT. InsyaALLAH. Amin.

Bahan untuk di DOWNLOAD
1)Kertas Kerja Kecemerlangan Sains UPSR 2011
2)Powerpoint Pembentangan Panitia Sains

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails