SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Jumaat, 12 Ogos 2011

SAPS

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Itulah tajuk yang cuba saya bawa pada kali ini.

Pada hari Selasa (09-Ogos-2011) sekolah saya telah adakan Bengkel SAPS yang dibawakan oleh Pn.Flora selaku S/U Peperiksaan.





Penerangan penggunaan dan fungsi saps diberika kepada semua guru yang hadir.

Seorang guru maklumkan kepada saya, bahawa terdapat sekolah yang ada membeli sistem sebegitu rupa dengan harga RIBUAN ringgit. Perkara ini tidaklah dapat saya sahkan kerana sumber perceritaan tidak merujuk kepada bahan bukti alibi yang ada. Perkara ini membawa sedikit kerugian kepada sekolah tersebut kerana saps begitu mudah untuk mendapatkan analisis bagi setiap subjek, peperiksaan untuk sebuah sekolah yang kecil mahupun besar.

Kesimpulan, sekolah harus meneliti sesuatu sistem yang hendak dibeli bagi menaikkan mutu akademik dan prestasi kerja guru dan pentadbiran dengan berfikir, berbincang dan dirunding dalam mesyuarat sekiranya harga mencecah RIBUAN ringgit.





Keduanya, saps agak membebankan guru pada peringkat awal, namun memberikan impak dan penggunaan yang lebih baik di masa akan datang. Sungguhpun begitu, kepada guru dan sekolah yang masih tidak mempunyai akses internet, amatlah kasihan kepada golongan berkenaan.

Semoga saps memacu lebih baik dalam membentuk strategi kecemerlangan akademik di masa depan.

Bekerjalah kita kerana Allah, Allah akan memudahkan segala usaha kita dan memberkati pengorbanan kita selaku pendidik, guru, pendorong, pemimpin yang dapat memudahkan insan lain. InsyaALLLAH, amin.

klik sini untuk maklumat lanjut

SAPS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails