SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Rabu, 24 Ogos 2011

Bengkel Data Variable BARU

Merujuk kepada perkara di atas, saya hadir di PKG Kinabatangan tiba jam 9.15pagi.

Waktu itu, bengkel telah pun bermula. Maka saya merasakan telah lewat hadir.

Beberapa perkara baru dibincangkan dan diketengahkan untuk bersama dipraktikkan sebagai usaha untuk meningkatkan KUALITI data maklumat diperingkat PPD dan JPN Sabah.

Terima kasih kepada En.Alhassim kerana tunjuk ajar beliau dan juga cikgu-cikgu data lain maka saya kini semakin biasa dengan urusan data maklumat walaupun banyak lagi kekurangan yang perlu saya pelajari bagi tujuan memperbaiki dan meningkatkan mutu kualiti data maklumat di peringkat sekolah.

Berikut merupakan beberapa keping gambar yang sempat saya ambil...







Bengkel selesai pada jam 11.30pagi.

Sejurus selesai bengkel, saya menuju ke Pejabat Pos Kinabatangan untuk hantar surat kepada Ketua Pengarah Pejabat Keselamatan Kerajaan Malaysia bagi tujuan latihan/bengkel keselamatan untuk tahun 2011. Latihan yang saya mohon ialah
KURSUS KHAS KESELAMATAN SEKOLAH DAN PENGENDALIAN BAHAN PEPERIKSAAN (Kod SSE 1008)

Selepas itu, saya terus segera pulang ke sekolah dan uruskan beberapa hal lagi ;)

Macam-macam hal lah.....bukan nyer macam2 Aznil pun...

Sekian dan wassalam

(Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan hari ESOK lebih baik dari HARI INI)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails