SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Rabu, 27 Julai 2011

Aktiviti 'Kajian Tindakan' pra-Cerita


Kajian Tindakan dan aktiviti dalam kelas!!!

Bertitik tolak daripada BENGKEL PERKONGSIAN TEKNIK GURU SAINS (pada 23-Julai-2011) di SK Kota Kinabatangan. Saya telah merancang satu aktiviti yang membolehkan murid berinteraksi dalam kumpulan dan dalam kelas.

Soalan cabaran sains saya berikan kepada murid pada hari Khamis (21-Julai-2011) dan perbincangan dilaksanakan pada hari Isnin (25-Julai-2011). Soalan cabaran sains ini saya berikan untuk mengenal pasti prestasi murid dari segi INGATAN DAN PEMEHAMAN KONSEP SAINS untuk teknik menjawab yang telah dipelajari (2minggu lepas). Ternyata soalan Cabaran Sains ini menguji kefahaman murid.

 SOALAN ELIT HANYA DIBERIKAN KEPADA 10 murid sahaja (TARGET!)


SOALAN DIBAWAH DIBERIKAN KEPADA SEMUA MURID


 
Aktiviti yang dirancangkan ini berjalan lancar pada hari SELASA bersamaan 26-Julai-2011 BERMULA jam 11.00-12.00 tengahari (sejam). Murid telah dimaklumkan dengan awal supaya membantu saya mengangkat keperluan projektor, fail, manila kad, komputer riba, extension wayar (dari dalam bilik PK 1) dan BBM lain. Sebahagian murid yang lain dalam kelas telah menyusun kerusi dan meja (untuk letak projektor).

GAMBARAJAH DI BAWAH MERUPAKAN BEBERAPA SLIDE POWERPOINT YANG SAYA BINA DAN RANGKA DALAM PENGGUNAAN PNP (bagi tujuan Kajian Tindakan)


 Saya hanya mengajukan soalan sahaja terlebih dahulu sebelum "klik" mouse untuk meneruskan langkah seterusnya. Murid di minta untuk mengenal pasti
PEMBOLEH UBAH DI MALARKAN
PEMBOLEH UBAH DI MANIPULASIKAN (PM)
PEMBOLEH UBAH BERGERAK BALAS (PB)

Setelah itu, usaha dalam mengenal pasti POLA 1 (PM) DAN POLA 2 (PB)

Kemudian, kenalpasti soalan yang berbentuk HUBUNGAN (hipotesis) dan SEBAB (inferens)

Soalan kesimpulan turut dibincangkan (tetapi tidak diberi penekanan) kerana penumpuan hanya kepada pemboleh ubah , hubungan, sebab dan tujuan penyiasatan (peringkat 2)


 Soalan EXCEL dari JPN Sabah turut saya bincangkan (pada hari Selasa 26-Julai-2011)







Tujuan aktiviti ini ialah membenarkan murid untuk duduk dalam kumpulan, berlaku perkongsian dan percambahan idea (betul / salah), inkuiri penemuan, kaedah penyelesaian masalah dan kemahiran mengaktifkan diri dalam kelas dan kumpulan.


Murid dibahagikan kepada 10kumpulan (3/4 orang dalam 1 kumpulan). Kemudian setiap soalan yang dberikan sekiranya dapat menjawab dengan betul diberi markah (1markah).

Secara keseluruhan, aktiviti ini berjaya (bagi murid yang aktif) namun terdapat juga kekurangan kerana tiada lembaran yang diberikan kepada murid. Perkara ini akan saya atasi pada sesi PNP yang akan datang.



Murid mula menjawab dan memberikan jawapan setelah perbincangan dalam kumpulan. Sementara kumpulan yang lain mendengar dan menyemak jawapan yang diberikan samada betul atau salah.

Murid datang ke hadapan kelas (wakil kumpulan) untuk meletakkan pilihan jawapan (PM dan PB).
PM ialah pemboleh ubah di manipulasikan / PB ialah pemboleh ubah bergerak balas.
 Setelah memberikan jawapan, guru akan menyemak bersama dalam kelas. Penggunaan slide show (powerpoint) untuk memudahkan guru dan murid untuk bertindak dengan cepat, pantas, berkesan.
Cepat dan pantas untuk kurangkan menulis.
Berkesan kerana penggunaan warna dalam pembentangan (membantu murid dalam daya ingatan)
Gambar di atas, seorang murid (Nurul Audy) membantu guru dalam mengira keseluruhan markah kumpulan setelah aktiviti PNP selesai.

Kumpulan ini mendapat markah yang terendah kerana penglibatan dalam menjawab soalan dalam kelas amat rendah. Setelah ujian dilaksanakan dan mendapati murid dalam kumpulan ini, mendapat markah yang terendah dan tidak mencapai paras yang di tetapkan (jangkaan). Oleh itu, aktiviti dalam kumpulan iaitu LEMBARAN KERJA dalam kumpulan juga adalah penting setelah aktiviti dalam kelas.
(PERANCANGAN YANG RAPI PERLU DILAKSANAKAN)


Setelah murid selesai melaksanakan aktiviti dalam kelas (kumpulan). Saya mengadakan sedikit ujian untuk menilai tahap pemahaman dan pengetahuan murid secara individu. Keputusannya terdapat murid yang meningkat secara mendadak dan terdapat juga murid yang turun secara menjunam manakala 1 orang murid tidak berubah markah telor ayamnya.



Gambar di bawah menunjukkan, salah satu soalan yang mana GAMBAR dalam soalan tidak berapa jelas (dalam kertas) maka saya lukis kembali di papan putih.
(tindakan segera dan langkah penambahbaikan dalam pembinaaan soalan harus dilakukan supaya murid tidak TERANIAYA kerana mendapat soalan yang tidak jelas)


Bahan/Sumber rujukan bersumber dari buku latihan yang dibeli di Toko Buku Sabah (Sabah Book Store), pengalaman ketika bengkel perkongsian teknik guru sains di SK Kota, pengalaman bersama JU Sains Puan Salmah ketika di KEM Elit fasa-1 di SMK Bukit Garam 2 pada cuti semester 1, Cikgu Emran (beri pandangan dan komen untuk atasi murid yang lemah (dapat markah 0).

Banyak perkara yang perlu diperbaiki. Malah pelbagai teknik harus dicuba dan di bentuk reka dengan lebih baik agar penyampaian lebih berkesan. InsyaALLAH.

Doa dan Tawakkal kepada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah memberi pertolongan kepada kita semua. Amin. 



Di Kemaskini kembali pada 
12.32p.m. 
18-Dec-2011 
(Ahad)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails