SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Selasa, 5 Julai 2011

1MURID 1SUKAN

Pada 2 Julai 2011 (SABTU)

SK.Paris 3 telah mengadakan program 1murid 1sukan seiring dengan seruan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dianjurkan mengikut ketetapan dalam surat siaran.





Semua guru tahap 1 dan 2 terlibat dalam menjayakan program ini. Murid tahap 2 secara keseluruhan dikehendaki untuk hadir dan diberikan borang penyertaan untuk kebenaran dari ibu bapa penjaga.

Saya telah diberikan tanggungjawab selaku AJK pendokumentasian. Saya mengambil gambar program seawal pagi sehingga jam 9.30pagi (setelah murid dan guru serta peserta selesai berlari).

Program ini juga turut di anjurkan secara bersama SMK.Paris selaku jiran di sebelah sekolah saya. Suasana pada pagi itu amat meriah dengan kehadiran guru, murid dan ibu bapa penjaga yang turut bersemangat dalam penganjuran program yang julung kali dilaksanakan.

Syukur semua nya berjalan lancar dengan keadaan cuaca yang baik dan semoga program ini mendapat keberkatan dan rahmat ALLAH Taala.

Semua gambar telah saya simpan dalam satu link untuk perkongsian bersama.

Setelah selesai program, saya dipelawa oleh cikgu Syahar untuk hadir kenduri aqiqah anaknya yang baru lahir pada petang tersebut kebetulan ada jemaah yang datang Afrika Selatan. Saya mendoakan agar cikgu Syahar dan keluarga semakin ceria, bahagia dan dimurahkan rezeki dan diberi kejayaan hidup di dunia dan terus diakhirat dibawah limpah rahmat dan kasih sayang Allah yang Maha Pengasihlagi Maha Penyanyang.

Juga kepada warga SK.Paris 3 tahniah dan syabas kerana telah berjaya melaksanakan program 1M1S serta tidak dilupakan warga SMK.Paris yang turut bersemangat. Kecekalan semangat dan pengorbanan para guru dan warga sekolah semoga mendapat padangan Rahmat dari Allah Taala. Amin.


Sekian.

KLIK LAGI CERITA UNTUK 1M 1S (sensasi dan panas)
1.Cikgu Dahlia BERBICARA
2.Berita dari BERNAMA
3.MALAYSIAKINI menulis....


1 ulasan:

  1. singgah jap klik2.. n baca entry 1m1s...
    apa2pun... terus maju dgn nffng n churp2...
    salam perisnggahan... sergah seketika di laman saya n klik2...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails