SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Jumaat, 8 Julai 2011

Mesyuarat Temasya Sukan 2011

Pada hari Rabu lepas bersamaan dengan 06-Julai-2011, Cikgu Azizul selaku Setiausaha Sukan sekolah telah mengadakan mesyuarat berkenaan dengan perancangan dan perlaksanaan program temasya sukan sekolah 2011 yang akan di adakan pada minggu hadapan 13 dan 14-Julai (Rabu dan Khamis).






Semua warga SK Paris 3 turut terlibat dalam menjayakan program ini.

Mesyuarat yang bermula jam 12.00 tengahari tamat pada jam 2.00petang.

Banyak perkara yang diperbincangkan dalam agenda mesyuarat.

Ketetapan mesyuarat akan saya masukkan kemudian.




Latihan rumah sukan juga telah diadakan bermula selasa lepas pada 5-Julai-2011 lagi mengikut jadual yang dirancangkan.

Mengikut ketetapan mesyuarat murid tahun 6 tidak terlibat dalam latihan dan aktiviti, namun para guru tidak mengenepikan semangat yang ditunjukkan oleh murid tahun 6 untuk turut sama mengadakan latihan sekalipun akan menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini. Murid tersebut diberi juga latihan akademik dan perhatian dari guru subjek mengajar untuk memastikan prestasi murid tidak menurun kerana latihan yang dilibatkan.




Moga sukan sekolah tahun ini berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

Tahniah kepada semua para guru yang bertungkus lumus ketika melaksanakan tugas dalam perancangan dan pembabtitan diri dalam latihan sukan bersama murid-muird.

Sekian....




(saya dipertanggungjawabkan oleh Cikgu Nordin selaku Ketua Pasukan rumah hijau untuk mengadakan latihan perbarisan)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails
jssdk'));