SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Rabu, 6 Julai 2011

Meeting bersama NHA

PADA : 5-Julai 2011 (Selasa)

Cikgu Azuar memaklumkan guru panitia BM dan BI perlu menghadiri mesyuarat pada jam 12tengahari ini. Maka setelah saya selesai kelas sains bersama Tahun 6 Progresif, saya bergegas menuju ke Bilik Gerakan sekolah dan mendapati semua guru panitia BM dan BI sudah berkumpul. Taklimat dimulakan dengan bacaan Bismillah oleh cikgu Azuar dan membentangkan terus 'slaid' kertas kerja program.





Kertas kerja program yang dimaksudkan itu ialah program pada sabtu ini bertarikh 9-Julai-2011 yang mana semua guru zon paris atau lebih tepat penglibatan guru di setiap sekolah untuk scrore UPSR dijemput untuk hadir sama.

Tenaga pengajar atau pun penceramah adalah dijemput dari Lahad Datu. Ini merupakan sesuatu perkembangan yang baik dan sihat pada pandangan saya kerana dapat mewujudkan hubungan dengan lebih akrab dan rapat antara guru berlainan PPD dalam berkongsi idea, cara dan pendapat.




Banyak perkara yang diperbincangkan, seterusnya kepada AJK pelaksana. Saya di amanahkan sebagai AJK penyediaan tempat. Perkara yang dimaklumkan kepada saya ialah, program akan berlangsung di dalam Bilik Gerakan SK.Paris 3 selaku tuan rumah untuk program pertama ini. Pada program kedua melibatkan panitia sains dan matematik pula tuan rumah ialah SK.Bukit Garam 2. Perkara ini telah pun dibincangkan di peringkat PPD.Kinabatangan malah PPD.Kinabatangan memberi galakan dan sokongan sepenuhnya dalam program yang dirancangkan secara bersama.




Namun, terdapat juga beberapa orang guru tidak dapat menghadirkan diri dalam program yang akan berlangsung pada 9-Julai-2011 (sabtu) nanti. Perkara ini tidak juga menjejaskan perjalanan program mengikut kata cikgu Azuar, cikgu yang tidak dapat hadirkan diri boleh mengurus perlaksanaan tugasan dengan lebih awal dan guru yang laion dapat turut sama membantu untuk ambil alih tugas yang berkenaan pada hari program tersebut.

Semoga program yang bakal berlangsung ini mendapat keberkatan daripada ALLAH TAALA dan permudahkan segala urusan dalam mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Amin. InsyaALLAH,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails