SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Selasa, 5 Julai 2011

Guru Bertugas JULAI 2011

Semalam (4-Julai-2011) Isnin, Teacher Yong serahkan buku laporan untuk guru bertugas kepada saya.

Saya terlupa bahawasanya saya bertugas untuk minggu ini tetapi dengan siapa? Kenalah semak di papan kenyataan nanti. Semalam tiada perhimpunan kerana cuaca tidak mengizinkan, arahan dari PK1 supaya murid berada dalam kelas.







Sedikit laporan saya nyatakan bahawa semalam, klinik pergigian menjalankan tugas di SK.Paris 3 di surau. sudah hampir 3 minggu surau digunakan sebagai tempat perkhidmatannya. Perkara ini sedikit menjejaskan kepada murid untuk melaksanakan amal ibadat (solat), namun saya mengingatkan kepada murid untuk bersolat di rumah sebaik sahaja pulang.

Tetapi, ada juga rumah murid yang jauh mengambil masa hingga 1jam 30minit untuk sampai ke rumah. Bagaimanakah keadaan solat mereka? Moga Allah mempermudahkan urusan mereka semua. Bagi guru dan kakitangan pula, solat di bilik khas dalam pejabat sekolah. InsyaALLAH.

Semoga minggu ini menjadi minggu yang ceria untuk diri saya dan semua insan yang lain jua. Inilah minggu pertama umat Islam menyambut kehadiran bulan Syaban (1432h) yang penuh keberkatan. Bersamalah kita ambil manfaat dalam bulan Syaban ini dengan berpuasa dan tingkatkan amalan ibadah kepada ALLAH TAALA sementara menanti kedatangan bulan Ramadhan yang hampir kunjung tiba. InsyaALLAH.

Sekian.

RUJUKAN TUGAS KERJA GURU
1. Senarai penuh kerja guru/GB
2. Senarai Tugas Guru Bertugas Harian
3. Bidang dan senarai tugas guru kelas
4. Guru Bertugas HARIAN/MINGGUAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails
jssdk'));