
Bengkel ini telah selamat dirasmikan oleh Cikgu Zainuddin Ahmad. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu kerana sudi membuka dan merasmikan bengkel ini. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada Cikgu Nik Helmi Azuar kerana sudi melapangkan masa selama bengkel ini berlangsung dalam memberi semangat kepada anak-anak kecil ini.


Rata-rata semua murid memahami akan intipati yang disampaikan beliau, menjadikan mereka mula memahami tujuan dan maksud sebenar sebuah perjuangan dalam pendidikan ketika di sekolah dan di rumah.

Sedikit majlis kecil telah diadakan bai meraikan murid terbaik BI dalam gerak gempur yang diadakan baru-baru ini. Tahniah kepada adik Dayana (Kurma Safiya Yusoof TaiYub makanan sunnah sebagai saguhati moga diberkati. AMIN).

Sedikit majlis kecil telah diadakan bai meraikan murid terbaik BI dalam gerak gempur yang diadakan baru-baru ini. Tahniah kepada adik Dayana (Kurma Safiya Yusoof TaiYub makanan sunnah sebagai saguhati moga diberkati. AMIN).
- Perasmian
- Slot kaunseling
- Kertas 2 (Section A)
- Kertas 2 (Section B)
- Kertas 2 (Section C)
- Solat berjemaah
Murid kini mengetahui bahawa pentingnya untuk berusaha dari awal dan kini mula memahami konsep sebenar untuk memperoleh markah bagi setiap section yang hendak dijawab. Dalam pada itu, kefahaman dalam agama mula menyinar untuk lebih semangat dalam menjaga amal dan solat kerana kejayaan sesuatu perkara datangnya dari Tuhan Yang Maha Kuasa. InsyaAllah. Saya juga mendoakan agar anak-anak murid ini menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat yang dapat berbakti untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa, Negara dan AGAMA. Amin.
(Mus 15-Ogos-2010)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan