SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Ahad, 15 Ogos 2010

Hari Guru 2010 S.K.P3

Pada 22-Julai yang lalu, sambutan Hari Guru peringkat Sek.Keb.Paris3 Kinabatangan selamat dilangsungkan dalam majlis yang agak meriah dan sederhana. Tahun ini merupakan juga tahun terakhir bagi Guru Besar Cikgu Awang Abu Bakar b. Awang Tengah berkhidmat selaku penjawat awam kerana bersara wajib pada 24-Oktober nanti.

Sudah pastinya, kemeriahan hari guru ini dirasai dengan penuh makna bagi semua guru dan murid-murid sekolah ini. Berikut merupakan antara soroton yang dapat dinukilkan disini.


Kelihatan di situ, persediaan untuk menyambut hari guru pada pagi itu agak mengujakan perasaan. Semua murid tidak sabar untuk meraikan Hari Guru untuk cikgu ustaz dan ustazah yang banyak membimbing dan membantu dalam memberi pendidikan berkualiti kepada mereka ini. Tahniah kepada semua guru yang melibatkan diri dalam persediaan sambutan hari guru dari awal perancangan sehingga berlangsungnya di pagi yang ceria itu.


Antara tugas dan tanggung jawab yang perlu dipikul sebagai seorang guru mahupu ustaz dan ustazah ialah, mewujudkan SEMANGAT berpasukan sesama rakan sejawat agar majlis ini dapat berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Sekalipun terdapat perselisihan dan ketidakfahaman dalam sesuatu perkara ketika menjalankan tugas yang diamanahkan, namun semangat kekitaan tidak pernah luntur malah sokongan dan bimbingan diberikan sesama pasukan bagi memurnikan lagi majlis ini.






Senaman aerobik untuk poco-poco telah diamanahkan kepada Cikgu Mustakim, tetapi dengan datangnya pembantu guru pra-sekolah iaitu Puan Sylvia telah menyelamatkan keadaan yang mana beliau telah mengemudikan senaman aerobik dengan jayanya dan buat pertama kali ia diadakan seumpanya dengan begitu meriah dan menarik sekali.
Semua guru dibahagikan kepada 4 kumpulan. Semua kumpulan ada memenangi bagi setiap acara yang diadakan, tetapi kumpulan Guru Besar memenangi sebanyak 2kali dalam kesemua acara yang diadakan. Tahniah kepada beliau !!!









Kelihatan wajah suka ceria terpancar di wajah masing-masing








Murid mengadakan persembahan mengikut tahap 1 dan 2.
Tahniah kepada semua yang terlibat. Tidak disangka-sangka persembahan dari kelas 6ProAktif sangat bertenaga dan ternyata tidak dinafikan bahawa murid-murid ini mempunyai bakat terpendam yang boleh digilap menjadi sinar yang lebih terang di masa akan datang. Amin.






Guru juga menyanyikan beberapa buah lagu
Susah tu nak dengar cikgu ustaz ustazah menyanyi




Sekalung perghargaan diucapkan kepada Yang Di-Pertua PIBG kerana sudi menghadirkan diri di majlis ini. Kedatangan beliau amat di alu-alukan dalam menyemarakkan perpaduan antara PIBG dan pihak sekolah.

CANDID TIME








Ini merupakan pengalaman pertama saya menyambut hari guru yang meriah. Tak disangka-sangka rupanya pelbagai ragam anak-anak murid kita dapat dilihat ketika waktu ini. Ada juga yang menangis, ketawa, suka, dan berlumba-lumba untuk memberi penghargaan masing-masing kepada gurunya dalam sebarang apa jua cara dan bentuk pun.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Cikgu Nik Helmi Azuar selaku Guru Bimbingan & Kaunseling Sek.Keb.Paris3 yang mengelolakan majlis ini dari awal perancangan hingga akhir.
Kek Coklat cikgu memang sedap...bawa lagi kalau boleh.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails