Assalamualaikum
Pada semalam(16/10/2009) saya telah pergi ke KWSP untuk buat penyemakan akaun KWSP. Tujuan semakan dibuat untuk membayar tunggakan PTPTN yang sudah tidak berbayar selama hampir 2 tahun. Malangnya, banyak pula dokumen yang diperlukan tetapi tidak dapat saya penuhi.
Akhirnya saya berlalu pergi dan hanya boleh berharap dan berdoa agar pihak PTPTN dapat menerima alasan kelewatan saya tidak membayar pembayaran PTPTN kerana masih lagi belajar di IPGM K.P.Teknik. Tindakan saya ialah akan menulis surat minta penangguhan untuk bayaran tunggakan dan sedia membayar semua tunggakan setelah memperolehi gaji yang pertama pada tahun hadapan (2010).
Adakah tindakan saya wajar? Beginilah nasib saya yang tidak pandai@lalai@cuai dalam menguruskan kewangan. Nasihat saya kpd semua kawan-kawan, jika anda mempunyai HUTANG, segerakanlah membayarnya kerana kelak nanti akan tergantung amalan kita kerana tidak membayar hutang seperti yang kita janjikan.
Kesimpulan: Banyak perkara yg boleh kita lakukan tanpa penangguhan dan sebab utk tidak melakukan seperti seorang guru yg tidak menyediakan ABM, BBM atau tidak menjalankan KAJIAN LAPANGAN sebagai usaha untuk meningkatkan dirinya ke arah profesionalisme keguruan, akan dilihat byk menggunakan MASALAH MASA sebagai batu penghalang! Sesuatu KAJIAN yg dijalankan boleh mendatangkan banyak impak dan kesan yang positif kerana hasil dari kajian tersebut kita sebagai guru dapat memperbaiki keadaan dgn lebih baik atau kita dapat membawa perubahan ke arah kecemerlangan dlm pendidikan Negara mahupun menaikkan lagi profesion keguruan ini standing dgn Kerjaya Profesional yg lainnya. Jangan lah kita jadikan masa sbg masalah, sebab, batu penghalang tanpa kita usahakannya terlebih dahulu dalam melaksanakan suatu perkara!
“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali, orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dengan kesabaran.” (Al-‘Asr:103;1-3)
Graphics for Islam Comments
Tiada ulasan:
Catat Ulasan