Bermulanya hari ini pensyarah yg selama ini tidak ku temui setelah sekian lama dalam praktikum. Cuma pada hari ini, sem kedua ini dalam KPLI ini sahaja aku berjaya dan rakan2 kelas berjaya mendengar setiap permata yg dilontarkan dari lubuk hatinya untuk kebahagiaan dan pembaikpulihan bagi diriku, rakan2ku serta insan yg akan bergelar guru@cikgu.
Kaedah dan cara berfikiran yang agak kaku dan tidak dinamik menjadi modal buah bicara untuk bersama2 kami renungkan. Adakah kami akan dilahirkan sbg guru yg berkualiti @ lebih KUANTITI dari kualiti = Emas celup.
Sudahkah kami bersedia menempuh hari2 mendatang dgn pelbagai kaedah baru dan Alat Bantu Mengajar yg patut digunakan? Malang2 dan mmg malang, cikgu veteran menjadi ikutan dan contoh kepada cikgu yg baru. Akan tetapi langkah terbaik ialah dengan menilai terlebih dahulu baik buruk seseorang dan menjadikan contoh serta sempadan yg mana sebagai seorang Pendidik, haruslah ambil yg BAIK dan MANIS itu sebagai inti pati dalam menghadapi zaman yg penuh cabaran ini.
Hari ini, aku byk termenung sambil beristighfar berbanyak2 bahawa tiada masa untuk ku berceloteh akan perkara yg membuang masa, tidak dapat beri faedah dan merugikan diri sendiri. Sebalik, perbanyakkan berbicara akan kebaikan, perbincangan ilmiah di samping berkongsi cerita akan perkara2 terkini dari pelbagai aspek terutama isu pendidikan. Alhamdulillah, hari ini pensyarah ku yg kurindui dan sanjungi menjadikan aku terjaga dari lena di ulit mimpi@bayangan indah duniawi. HAKIKATNYA hidup ini sementara, Akhirat jua yg kekal ABADI.
Bersama2 kita perbaiki diri dr ms ke semasa dan jgnlah jd oran yg rugi.
Sekian.
6.22p.m. (Selamat berbuka puasa kepada yg berpuasa sunat 6 di bulan Syawal)
Myspace Islam Graphics
Tiada ulasan:
Catat Ulasan