SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Isnin, 19 Oktober 2009

Taklimat Temuduga SPP


19/10/2009 Isnin

Saya datang ke IPGM K.P.Teknik seperti biasa seawal 7.45pagi sudah sampai untuk mulakan sesi senaman pagi bersama guru pelatih lain. Kemudian sesi perhimpunan berjalan seperti biasa cuma yang tidak gembiranya Tuan Pengarah IPGM tiada. Perkara yang mengujakan dalam perhimpunan ada 2;

1)Penyampai watikah lantikan untuk Pembimbing Rakan Guru (PRG) Sesi 2010.
2)Suasana perhimpunan.

Harapan dan cita-cita setiap guru inginkan murid yang memberi tumpuan sepenuhnya dalam PERHIMPUNAN terutama dalam setiap ucapan yang diberikan. Tetapi apakah masalah utama yang mendorong segelintir individu yang tidak dapat berikan tumpuan? Dapatkah kita bincangkan hal ini? Adakah kerana faktor cuaca(itu ketentuan Allah), atau faktor pembesar suara yang tidak jelas? atau masa perhimpunan terlalu panjang? atau kerana tidak mampu berada lama dalam perhimpunan? Ini bukan untuk mengata atau mengenakan sesiapa, tetapi dapat kita bincang dan mencari jawapan yang mudah supaya semasa di sekolah nanti kita sebagai guru dpat juga atasi masalah ini.

Habis sudah perhimpunan, ada pula TAKLIMAT berkenaan dengan TEMUDUGA SPP (9.00pagi di dewan Kuliah).

Info: Waktu temuduga= Minggu hadapan bermula 27-29 Oktober
Tempat= Putrajaya
Tempat Letak Kereta= Fikirlah sendiri (bayaran yang mahal akan dikenakan minima rm4)

En. Sabil menyampaikan ucapan/penerangan/nasihat dan segala macam dalam taklimat ini. Antaranya ialah persediaan sebelum, semasa dan selepas temuduga. Perkara ini yang hendak diketengahkan;

Perkara yang perlu dilakukan

Sebelum temuduga;
  • Baca surat tawaran SPP.
  • Perhatikan keperluan dokumen yang diperlukan.
  • Cari maklumat tentang bidang anda & jawatan hakiki (isu semasa,1Malaysia,pengurusan DLL).
  • Menziarahi tempat temuduga seawal mungkin untuk buat TINJAUAN.
  • Berpakaian KEMAS (lelaki pakai blazer@kot)
Semasa temuduga
  • Datang seawal mungkin (30minit@sejam sebelum masa temuduga).
  • Buat pendaftaran kedatangan.
  • Tunggu giliran dengan sabar dan baca doa.
  • Masuk dalam keadaan sopan dan tertib.
  • Duduk jangan BERSILANG kaki.
  • Jawab dengan jelas dan terang.
  • Slot Bahasa Inggeris ada (sila bersedia)
Selepas temuduga
  • Ucap selamat terima kasih.
  • Balik rumah dan berdoa (tawakkal).
Harapan En. Sabil dan warga IPGM K.P.Teknik ialah mendoakan agar semua calon LULUS dan menjadi GURU yang terlatih.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails