SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Rabu, 21 Oktober 2009

Alamanda


Pada hari isnin yang lalu (19/10/2009) saya telah pergi ke alamanda Putrajaya kerana pada waktu itu hujan dalam ketika hendak pulang ke rumah dari institut, saya menaiki motorsikal dan ingin berteduh. Atas faktor jarak saya dengan alamanda dekat pada ketika itu, maka saya singgah dahulu di sana hingga hujan berhenti.

Ketika di sana, saya sempat juga bersiar-siar sekitar alamanda yang sudah lama saya tidak pergi. Kelihatan ramai manusia berlegar-legar yang berada di sana terutama remaja muda mudi (budak sekolah) yang kebetulan cuti sempena Deepavali. Sungguh kesian kerana masing-masing pergi ke sana tanpa hala tuju dan semata-mata bersama 'teman' istimewa sahaja sekalipun umur mereka bermula dari 10-15 Tahun.

Lantaran dengan perjalanan saya dalam Alamanda yang agak sederhana besar itu, saya telah mengalami sintom-sintom kelaparan dan dahaga. Maka saya melangkah ke Medan Selera RASA yang tidak jauh dari tingkat 1 Alamanda. Berbekalkan duit yang saya ada, saya menilai-nilai dan mempertimbangkan Makanan jenis bagaimanakah yang dapat menjimatkan kos dan mengenyangkan perut saya.

Saya menuju satu kedai dan mengambil sejumlah nasi yang diberi dan menceduk lauk yang berupa sambal ikan bilis, kuah lemak ayam dan kuar kari. Sebelum saya buat bayaran, terdapat seorang pelanggan yang membayar dengan lauk sedemikian rupa + sayur = RM2.00 dan sangkaanku sudah pasti harga yang ditawarkan kepadaku tidak begitu jauh. Ternyata MELESET sama sekali kerana harga untuk lauk diletakkan RM2 sedangkan cedukan saya hanya sekali dengan kuantiti yang terlalu sedikit hinggakan jika budak tadika makanpun tidak cukup.

Kesimpulan, sesetengah para peniaga hanya meletakkan harga makanan yang tertentu manakala ada sebahagian besar jenis makanan tidak dipamerkan tanda harga di papan kenyataan, sikap diskriminasi kelihatan untuk pihak yang ada berkepentingan sahaja melalui pilih bulu. Walaupun saya datang dengan 1beg laptop 1beg buku, mungkin bagi paniaga saya mampu untuk membayarnya. PERSOALANnya bukan mampu atau tidak, tetapi di manakah letaknya keihsanan, kewajaran dan keadilan dalam perniagaan itu? Adakah salah saya?

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails