SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Isnin, 12 Oktober 2009

Hari Cabaran Emosi

5.58p.m. Isnin 12.10.2009

zwani.com myspace graphic comments
Graphics for Islam Comments


Hari ini seawal pagi pergi ke KPTeknik, dengan permulaan yang baik melakukan gerak senaman di dataran kemudian sesi perhimpunan dan masuk kelas macam biasa.
Sebelum masuk kelas terdapat sedikit taklimat dan penerangan akan aktiviti yang akan dijalankan pada Rabu ini berkaitan dengan Profesionalisme Keguruan.

Kelas sains hari ini membincangkan akan 3 perkara penting iaitu (1)Formula Kimia secara asas yang perlu tahu ialah M1V1=M2V2; dan penggunaan alat,radas2 untuk mengukur isipadu asid untuk digunakan dalam aktiviti dalam makmal, (2)Pengawetan; cara untuk awet, melihat sedikit video dari lawatan ke Pusat Biodiversiti Lanchang, Pahang dan seterusnya melihat contoh2 binatang yang telah awet, penerangan tentang kesilapan2 dalam PENGAWETAN turut diberikan.(3)Herbarium, cara2 untuk melakukan aktiviti herbarium, teknik2 dan sumber yang betul.

Kelas Pendidikan Alam Sekitar; Pembentangan tugasan berkumpulan dilaksanakan oleh kumpulan yang terdiri dari Fadzli, Azmir dan Ifwat. Kertas Kerja untuk Taman Lestari bagi projek pertandingan dalam sekolah antara kelas-kelas mengikut tahap murid. Seronok sangat dalam kelas ini kerana aku baru tahu bagaimana hendak mengadakan aktiviti untuk membina Taman Lestari disamping perkongsian idea dan pendapat dari pensyarah dalam mencari SUMBER KEWANGAN untuk menjayakan projek seperti ini. Kita boleh memohon bantuan dari Majlis Perbandaran atau FRIM atau jabatan2 kerajaan yang berkaitan dlam sumbangan berbentuk wang, atau fizikal (pokok,pasu,baja,tanah campuran), dalam pada itu, pembabitan keluarga murid turut dititik beratkan dalam menjayakan program seperti ini.

Kelas Pendidikan Islam lebih membincangkan akan topik aqidah. Tugasan pendek yang aku siapkan pada jam 5pagi tadi ternyata membuahkan hasil yang memberangsangkan. Ustazah nak semua pelajar hantar paling lewat Khamis ini. Aku dah hantar, maka kurang sikit beban dan boleh teruskan dengan bacaan SAINS dalam menghadapi peperiksaan akhir yang bakal menjelang pada 5hb November ini.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Walaupun pada hari ini aku tidur hanya 1jam sahaja, tetapi berkat Al-Fatihah dan selawat menjadikan diriku lebih kuat dan minda ku lebih cerdas dari hari2 yang ku lalui sebelum ini. Ternyata kalimah Allah itu Maha Hebat kerana ketika mana kita menyakini kepada Allah dengan ayat2 Al-Quran dan berselawat, akan memberikan kesan POSITIF dalam diri kita terutama dalam hidup kita seharian.

zwani.com myspace graphic comments
Graphics for Islam Comments


Sekian. Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails