Persediaan untuk menghadapi temuduga SPP telah dilaksanakan seawal bulan oktober yang lalu. Hasil ziarah di rumah Wak Lan iaitu orang lama yang menetap di Johor Bahru banyak memberi pengetahuan dan pengalaman yang berguna. Wak Lan menerangkan secara terperinci akan sejarah dan pembangunan pendidikan di tempatnya.
Perjuangan orang lama dahulu tidak dinafikan dalam menuntut sebuah pusat pendidikan yang sempurna bagi anak watan. Kumpulan ini(geng WakLan) telah pergi ke bahagian pendidikan di Kuala Lumpur(sekitar tahun 70) untuk mendapatkan sebuah bangunan bagi mendirikan sekolah.
Alhamdulillah, pejuangan yang diusahakan tidak sia-sia kerana pihak kerajaan sudi menyerahkan sebuah bangunan lama di tempatnya untuk dijadikan sekolah. Hasilnya ramai anak watan telah mula bersekolah di sebuah bangunan yang diperelokkan keadaannya oleh masyarakat setempat dengan hasil titik peluh sendiri demi melihat anak-anak dan generasi seterusnya mendapat pendidikan yang sempurna. Seterusnya kerajaan telah memperuntukkan membina sekolah khas untuk sekolah rendah kebangsaan bagi menaikkan lagi mutu pendidikan di kawasan terbabit dan projek ini berjalan sekitar tahun 1980, manakala bangunan lama dijadikan sebagai sebuah sekolah jenis kebangsaan tamil.
Masa cepat berlalu, kini sekolah tersebut sedang rancak dalam pembinaan bangunan yang baru bagi menampung keperluan murid yang semakin berkembang. Justeru itu, keselesaan dan kemudahan sekolah semakin maju dari segi pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran dan juga teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesimpulannya, tanpa adanya perjuangan kumpulan@individu yang menuntut hak pendidikan kepada masyarakat menjadi contoh dan bukti bahawa sejarah pendidikan tidak harus dilupakan. Ingatlah akan kita bahawa Laporan Razak ada menyebut bahawa 1kurikulum 1bahasa yang digunakan dapat membawa kepada perpaduan antara kaum di Malaysia khususnya.
Pertemuan dengan WakLan merupakan corak pembelajaran yang berlaku secara tidak langsung dalam mendapatkan pengetahuan lebih mendalam situasi yang dialaminya pada waktu dahulu. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar pada 25/10/2009(Ahad).
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan