SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Sabtu, 10 Oktober 2009

Akhlak dan Moral


6.42p.m. Sabtu 10.10.2009

Semalam Jumaat 9.10.2009 aku telah menemui bekas Ustaz ku yang pernah mengajar aku waktu di sekolah dahulu. Diberi nama Ismail Musytari, kini beliau berada di UTM sbg Timbalan Pengarah Fakulti. Alhamdulillah kerana Allah memberikan aku ruang, peluang dan masa untuk menemui beliau.

Banyak perkara yang aku bincangkan bersamanya bermula dari pembabitan dari awal ke UTM hingga sekarang projek untuk menaik taraf mutu pembelajaran Al-Quran menggunakan teknologi digital dengan touch screen di komputer bagi kegunaan warga tua atau yg kurang berkemampuan tiada daya. Maka inisiatif UTM untuk membangunkan perisian dan teknologi ini amat disambut tinggi oleh semua para ilmuan dan pensyarah.

zwani.com myspace graphic comments
Graphics for Islam Comments


Dalam pada aku bersama ustaz, sempat jua aku bertanyakan akan persoalan yang bermain dikotak pemikiran aku tentang tugasan Pendidikan Islam. Maka terpacullah soalan akan apakah perbezaan antara akhlak dan moral. Maka ustaz menyatakan bahawa terdapat sebuah buku yang ditulis oleh Dato' Dr. Harun Din (Pensyarah UKM) tentang perbezaan antara akhlak dan moral. Secara ringkasnya, akhlak ialah sistem tingkah laku manusia yg bersandarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah (hadis), malah akhlak meliputi kepada keseluruhan kehidupan manusia yang mana dalam akhlak itu mempunyai asas dari segi akidah dan syariah menjadi titik asas sebuah akhlak. Manakala moral ialah satu kajian sistem tingkahlaku manusia yang tidak bersandarkan@bersumberkan dengan Al-Quran & As-Sunnah tetapi lebih kepada pendapat,pemikiran manusia semata-mata.

Begitulah sedikit perbincangan dan pendapat yang dapat ustaz kongsikan bersama aku dalam jangka masa yang singkat selama 1jam 30minit di Pejabatnya Masjid Sultan Ismail Universiti Teknologi Malaysia.

*Ustaz pesa lihat@cari rujukan buku Dr. Harun Din, aku pergi di Badan Bookstore Sdn Bhd Angsana JB, ada buku bertajuk Manusia dan Islam keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, amat menarik dan mmg ada kaitan dengan tugasan yang hendak aku laksanakan. Alhamdulillah...

Setiap perbezaan dalam akhlak dan moral akan aku perincikan dalam post yang seterusnya untuk bersama2 kita kongsikan, hayati dan amalkan serta sampai2kan kepada sekalian insan untuk kebaikan bersama.

Sampaikan satu ilmu yang bermanfaat untuk bekalan hidup kita di akhirat.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails