Blogku buat tatapan sendiri dan rakan2 mengenang peristiwa2 yg kulalui bermulanya aku ingin menjadi seorang pendidik
Halaman
SILA KLIK SINI JUGA
FoLLow3rS
Iklan
Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III
Rabu, 21 Oktober 2009
Planeterium dan Muzium Kesenian Islam
Pada 20/10/2009 Selasa (semalam), saya bersama kawan dari institut telah mengadakan satu lawatan mengejut ke atas 2 buah tempat iaitu di Planeterium Negara dan Muzium Kesenian Islam. Alhamdulillah kedatangan kami di sambut dengan meriah dan mendapat tawaran yang sangat menarik kerana;
--masuk ke Planeterium adalah PERCUMA khas untuk bulan ini sahaja (Oktober 2009), kami berpeluang menonton video yang bertajuk Pasport to the Universe khas di bawa dari NASA U.S.A.
--Sempat bersama dengan murid-murid yang mengadakan lawatan ke Planeterium bersama 5orang guru menaiki bas datang dari Sek.Keb.Kanchong Darat Banting.
--Melihat dan membuat tinjauan sekitar dalam tempat pameran di Planeterium
--Mengetahui kronologi pengembaraan angkasawan negara kita.
--Melihat perkembangan ilmu angkasawan dan alam semesta di sekeliling tapak pameran!
---Masuk ke Muzium Kesenian Islam dengan harga tiket RM5.00 selaku pelajar dengan menunjukkan kad Matrik pelajar (agak teruja pegawai yang menjaga tiket kerana terkejut dengan kedatangan kami*penjaga tiket perempuan berwajah ayu dan manis)
---Mengambil gambar sekitar dalam muzium walaupun dah kena marah.
---Dapat mengetahui perkembangan Islam secara KRONOLOGI yang dibuat di setiap dinding bagi setiap negara-negara Islam (cth:Palestin, China, India, Tanah Melayu, dan banyak lagi).
---Melihat keris dan sarung emas TULEN.
---Melihat naskah-naskah al-Quran mengikut negara jenis-jenis lama dahulu.
---Melihat jenis-jenis KAIN yang digunakan oleh bangsa-bangsa ARAB dan Keturunan diRaja.
---Mengetahui dengan lebih jelas akan struktur bangunan binaan Arkitek Seni Bina ISLAM dan pembinaan masjid-masjid besar dengan model yang sangat mengkagumkan!
Kesimpulan, hari yang indah di sana amat mengujakan. Banyak lagi ilmu yang tidak sempat saya timba secara jelas tetapi dapat dijelaskan disini dengan lebih terperinci. Saya amat menggalakkan kawan-kawan semua pergi melawat semua tempat-tempat yang menarik terutama dengan membawa anak-anak ataupun rakan istimewa(teman).
Sekian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan