SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Jumaat, 6 Julai 2012

Sambutan Israk Mikraj dan Ambang Ramadhan di SK Paris 3 Kinabatangan

Mesyuarat untuk menjayakan program ini telah dilaksanakan pada 3-Julai-2012.




Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dalam mesyuarat ini dengan masa yang singkat dan bermaklumat padat. Juga diberitahu tentang perjalanan program Kem Bestari Solat yang akan dilaksanakan pada hari Sabtu dan Ahad ini. InsyaALLAH.





Program ini telah selamat dilaksanakan pada hari Jumaat (6-Julai-2012) di Astaka SK Paris 3 Kinabatangan. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar dan baik. 

Bermula jam 7pagi saya diminta untuk mengumpulkan murid tahun 6 dalam surau. Setelah selesai program soalat hajat dan bacaan yasin. Saya segera memberi lembaran yang diperolehi dari Ustazah Harirah untuk murid-murid. Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar mengikut waktu yang dirancang.







Murid diminta untuk berkumpul di Astaka setelah sesi minum pagi selesai. Persiapan yang dibuat di astaka oleh guru-guru amat baik sekali. Malah, PA system telah diperolehi hasil dari kerjasama ibubapa. Turut memberi kejutan ialah hasil sumbangan ibu bapa untuk program Kem Bestari Solat mencecah RM 1000++ yang dikira oleh Ustazah Mastura (ustazah j-Qaf KPLI-LPBS).

Sesi ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Yunus. Tidak banyak gambar dapat diambil kerana saya tidak membawa kamera sendiri (kamera telah dibawa pulang oleh isteriku untuk ambil gambar anak tersayang Siti Hajar).

Semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah. 

Semoga program ini memberi suntikan semangat kepada semua terutama yang beragama Islam untuk terus bersatu dan berjaya di dunia dan akhirat. 









Lembaran yang disediakan cukup bermanfaat dengan maklumat. 
Sekalipun ceramah ringkas, namun padat dengan informasi dan nasihat untuk semua warga sekolah. YDP PIBG dan AJK PIBG turut hadir dalam program ini.

Cikgu Syahar selaku pengerusi majlis kali ini turut meriahkan dengan kata-kata nasihat dan pantun yang mencuit hati semua hadirin. Alhamdulillah. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails