SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Rabu, 18 Julai 2012

MAKMAL ICT SK KOTA KINABATANGAN 2012 UPGRADE PC

Pada Jumaat lepas, sebelum saya menuju ke PPD, saya sempat singgah di SK Kota Kinabatangan untuk berjumpa sahabat lama iaitu Cikgu Abby. Tujuan sebenar hanya ingin mengambil tali pinggal 2000 (askar wataniah). Saya berjumpa dengan dia di makmal komputer.



Alhamdulillah, tali pinggang itu ada atas kiriman dari rakan lama iaitu Cikgu Nik Helmi Azuar (sekarang berkhidmat di sebuah sekolah di Sungai Buloh). Saya melihat sekitar luar dan dalam makmal komputer.







Sekolah ini (SK Kota) telah memperolehi komputer baru. Alhamdulillah. Cikgu Abby selaku Guru Penyelaras Bestari dengan penuh semangat menceritakan kepada saya bagaimana tatacara memperolehi peralatan baru dan pelupusan. Terima kasih kepada cikgu Abby.

Sewajarnya beliau patut di puji kerana kesungguhan dan semangat yang tinggi dalam laksanakan tugas dan amanah yang diberikan tanpa rungutan. Banyak perkakas dan peralatan dalam makmal ini mendapat sentuhan ajaib beliau yang mana pembaikan almari, dan peralatan dilakukan sendiri. 


Perkara ini, mengajar saya bahawa seorang guru harus mempunyai kemahiran dalam pertukangan sekalipun tidak dapat membina rumah sendiri tetapi sekurangnya mampu untuk lakukan pembaikan kecil perabot. Saya juga mencadangkan kepada beliau untuk mengadakan rak buku/peralatan bagi menyimpan bahan dan juga tugasan murid berkaitan dengan ICT dalam makmal tersebut. Perkara ini memang sudah lama difikirkan oleh beliau. InsyaALLAH akan diadakan tidak lama lagi. Suasana makmal yang begitu kondusif melambangkan keharmonian bekerja dan sikap bersih dan kemas dalam pengurusan sebuah kehidupan bermakna sebagai seorang guru.

Tahniah dan syabas kepada cikgu Abby.

InsyaALLAH, saya juga cuba pelajari akan mutiara kata yang diberikan kepada saya.

Perkenalan dengan cikgu Abby lebih akrab ketika kami menjalankan latihan askar wataniah pada tahun lepas bersama cikgu Nik Helmi Azuar di Kem Batallion 516 Askar Wataniah (Kem Kukusan Tawau) bermula 4-Nov-2011 hingga 4-Dec-2011.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails