SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Selasa, 10 Julai 2012

Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Amali (PEKA, SBOA, PAFA dan PBS)

9-Julai-2012 (Isnin)

Saya menghadiri taklimat ini selaku Penyelaras PEKA (panatia sains) bersama cikgu Yong (SBOA) serta cikgu Flora (SUP) mewakili sekolah. Kami bergerak jam 7.30 pagi dan selamat tiba di PPD Kinabatangan pada jam 8.20pagi.

Alhamdulillah. Ini adalah kali pertama taklimat diadakan untuk tahun ini (2012) bersama Ketua Unit Penilaian dan Peperiksaan yang baru iaitu Encik Hamzah.

Pendek cerita:

Taklimat SBOA telah disampaikan oleh Cikgu Abby dari SK Kota.
-tip yang diberikan dengan ELEMEN utama dalam SBOA disampaikan dengan padat dan ringkas.
-Paling utama, test SBOA dilaksanakan dengan terancang dan direkodkan.
-Pengurusan PBS diutamakan bermula dari peringkat panitia.
(banyak lagi nak dikongsikan tetapi...internet kat umah tengah menggila sedikit..akibatnya terpaksa online di kedai bersama rakan iaitu Darman).


Taklimat PEKA telah disampaikan dengan baik oleh Puan Noraidah dari SK Kota.
  • Pengenalan PEKA (untuk guru baru)
  • Tatacara pengurusan PEKA
  • Skema pemarkahan (skor) bagi setiap SPS dan SMS.
  • Perkara paling utama dan penting dalam SPS ialah, bahagian SPS 7 murid diberikan markah 1. (Sebab utama ialah murid harus bina amali sendiri dari idea yang datang dari murid).
  • Perkara yang perlu dihantar dalam laporan kepada Penyelaras PEKA Daerah.
  • Sesi perkongsian.
Syukur, dalam taklimat ini banyak maklumat dan perkara baru yang saya pelajari. Terima kasih kepada cikgu Emran kerana sudi memberi ruang kepada saya untuk hadir dalam taklimat ini. InsyaALLAH, taklimat dan bengkel PEKA akan diadakan peringkat sekolah akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini.

Sedikit perkongsian gambar sepanjang hari ini








 Bahan rujukan

1. Buku Panduan PEKA (sekolah rendah)

2. Contoh Fail PEKA Peringkat Sekolah

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails