SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Ahad, 1 Julai 2012

Bengkel Data EMISonline Kutipan Perdana Jun 2012

Alhamdulillah, pada 28-Jun-2012 Khamis bertempat di Dewan Mat Salleh, bengkel data telah selamat dilaksanakan.



Terima kasih kepada kepada Encik Rozaimeh dari Unit ICT JPN Sabah yang sudi datang beri taklimat dalam bengkel ini.

Dalam bengkel kali ini, banyak maklumat baru yang saya dapati perlu diambil perhatian:

1. Guru Interim :mengikut maklumat/taklimat yang diberikan, guru GSTT sudah tiada tetapi di gantikan dengan status sebagai guru interim/sambilan dengan status KONTRAK dan bukan sementara.

2. Guru yang mengikuti latihan LPBS seperti JQAF, sekiranya sudah tamat latihan hendaklah di eksport dahuklu data guru tersebut sebelum di padam dengan kod 6 (iaitu kod sudah tamat latihan).

3. Sistem gaji dalam data EMIS masih belum di kemaskini dari EPRD. Tunggu sehingga data gaji terkini dikemaskini dalam sistem dari pihak EPRD.

4. Semua guru data dan maklumat yang dilantik oleh pihak JPN Sabah, akan diberikan surat lantikan jawatan GDM seterusnya ada tambahan syarat iaitu MEMEGANG JAWATAN GDM SELAMA 2 TAHUN (baru boleh mohon pindah sekolah). Perkara ini telah dinyatakan dalam bengkel ini dan surat akan dikeluarkan oleh Pengarah JPN. Situasi ini berlaku bagi mengelakkan perpindahan guru data yang baru dilantik atau masalah yang timbul akibat daripada terlalu banyak pertukaran guru data dalam tempoh kurang 2 tahun untuk satu-satu sekolah.

5. Ketua Unit ICT (Cik Wan) berpesan jadikan tugas kerja guru data ini sebagai satu ibadat. Dalam bengkel ini, ada diserta satu senarai semak tugas yang perlu di isi dengan menyatakan samada tugas itu LENGKAP / BETUL bagi setiap data maklumat yang dimasukkan dalam EMISonline oleh guru data.



Saya tidak terlalu lama dalam bengkel ini yang bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 t/hari.

Saya mohon pulang awal dari En.Alhassim kerana mempunyai tugas lain disekolah iaitu program Kelas Intensif khas untuk murid tahun 6 terutamanya kumpulan Harapan yang saya ajar subjek Sains.

Sekian untuk perkongsian kali ni.



(dirumah internet ku bermasalah, kata pegawai TM kabel ade yang terputus...ni lepas kat SoupHouse, Taman Sri Perdana)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails