1. Cabaran Kecemerlangan Akademik Sabah
(klik sini untuk maklumat tentang Program JPN Sabah 2012)
Dengan menggunakan LCD projektor dalam bilik gerakan, memudahkan urusan untuk menyangkan slide powerpoint dari laptop. Syukur alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Saya dibantu oleh cikgu Syahar ketika ingin menggunakan projektor tersebut ini adalah kerana En.Rasyid sedang bercuti. Penerangan ringkas yang diberikan oleh GPK 1 sedikit sebanyak membuka minda semua guru akan program yang di rancang oleh pihak JPN Sabah.
Selanjutnya, GPK 1 meminta kepada semua ketua panitia yang hadir untuk bersama memikirkan akan tindakan selanjutnya iaitu apa yang hendak di rancang dan dilaksanakan selepas ini beserta dengan sasaran dalam kurikulum / akademik terutamanya. GPK 1 akan bawa segala cadangan kepada GB untuk dibincangkan di peringkat pengurusan dan pentadbiran sekolah.
Seterusnya, di bawa kepada agenda seterusnya untuk perkara utama dalam mesyuarat kali ini.
Banyak isu yang dibincangkan namun saya tidak mampu untuk tulis kesemuanya. InsyaALLAH, jika minit mesyuarat sudah disiapkan, saya akan masukkan dalam lembaran di ruang POST ini. Semoga mesyuarat ini menjadi pemangkin kepada semua untuk lebih berusaha dan beramal kerana Allah dalam mengejar keredhaan Allah dan kejayaan di dunia dan di akhirat. Amin. InsyALLAH.
Mesyuarat ini telah ditangguhkan oleh cikgu Zainudin pada jam 2.05 petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan