SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Selasa, 9 April 2013

Pengawetan Makanan (2013) Pembelajaran koperatif : Hands On & Minds On

Alhamdulillah, pnp pada hari ini berjalan lancar sepertimana yang telah dirancangkan.

Topik Pengawetan Makanan 
Kelas 6 Proaktif
Bil. Murid : 35 orang
Masa: 8.45-9.15am (30minit)

Set induksi dimulakan dengan teknik penyoalan kepada murid mengenai tajuk(topik) yang akan dipelajari?
Pada minggu lepas, guru telah minta murid untuk mencari gambar makanan-makanan yang rosak.
Tidak semua murid membawanya, itu adalah perkara biasa. Namun tidak menjejaskan perjalanan pnp untuk hari ini.

Saya mulakan dengan pembahagian tugas murid dalam 4 kumpulan.
Murid akan menggunakan buku teks sains yang dibekalkan oleh sekolah sebagai asas kepada nota yang akan dibuat dalam kertas manila kad. Alhamdulillah, manila kad dari panitia sains masih banyak lagi (dari stok tahun 2012).

Tayangan slaid peta minda ditunjukkan kepada murid untuk topik pengawetan makanan.
Secara keseluruhan murid dapat menyatakan dengan baik ciri-ciri makanan yang rosak dan bagaimana hendak mengetahui keadaan makanan rosak menggunakan pacaindera.

Syukur. Peta minda yang saya perolehi dari www.petaminda.com telah dijadikan sebagai bahan pnp kali ini dalam memudahkan penyampaian dan contoh serta isi/maklumat penting yang perlu di ketahui oleh murid dalam topik kali ini.


(objektif pnp hari ini lebih memberi tumpuan kepada kerosakan makanan untuk ditulis dalam buku nota murid, manakala sub topik yang lain, murid bekerjasama dalam kumpulan membina nota dalam manila kad)

Berikut merupakan perkongsian bahan bantu mengajar yang diletakkan dalam kelas sebagai nota pengukuhan dan aktiviti berkumpulan bagi setiap kumpulan untuk sediakan nota dalam manila kad.

Murid juga diminta untuk sediakan ruang dalam kad manila itu UJI MINDA iaitu beberapa soalan yang berkaitan dengan sub topik kumpulan tersebut bagi menarik minat murid lain dalam membaca dan cuba menjawab soalan uji minda itu. 


(kertas keras kuning itu saya perolehi dari setor sekolah yang mana difahamkan tidak digunakan lagi dan hendak dibuang, maka saya minta dari kakitangan sekolah iaitu kak Nelia untuk mengambilnya bagi dimanfaatkan untuk murid-murid. Terima kasih kak Nelia)


InsyaALLAH

Semoga berjaya anak-anak ku...

Saya sayang kalian semua.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails