SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Selasa, 16 April 2013

Kelas Berpandu (Tambahan) Siri 1 Murid Kumpulan C 2013

Perancangan untuk laksanakan kelas berpandu telah dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat kecemerlangan UPSR 2013.

Saya selaku penyelaras, telah merancang untuk mengadakan kelas bagi kumpulan murid lemah dalam subjek sains. Disamping dapat meningkatkan peratus lulus dalam akademik, usaha untuk meningkat modal insan kelas pertama juga sangat diharapkan.

Pada hari ini 16 April 2013, menyaksikan kelas siri pertama kumpulan C telah selamat dilaksanakan dalam tempoh 1 jam yang bermula 1.00pm hingga 2.00pm di Anjung RMT SK Paris 3 Kinabatangan. Dengan kehadiran seramai 10 orang murid di bahagikan kepada 2 kumpulan (2 meja).

Seterusnya, murid diberikan kertas soalan bagi sesi penilaian tahap 1 untuk mengkaji kebolehan murid memahami soalan mudah, dan menjawab dengan bahasa mudah.

Seterusnya, perbincangan dibahagikan kepada 2 sesi. 

Dalam tempoh 30 minit, perbincangan selesai di laksanakan.

Seterusnya, bagi aktiviti pengayaan murid diberikan kad manila dan nota peta minda.

Murid diminta untuk bina nota yang baru dalam kad manila berpandukan nota peta minda tersebut.

InsyaALLAH, dalam minggu hadapan (Isnin) murid akan menghantar hasil kerja berkumpulan mereka.











Lembaran bagi ujian penilaian pertama 


Modul yang akan digunakan bagi murid kumpulan C ini.






Modul yang akan digunakan bagi murid dalam kumpulan A






Murid dalam berkumpulan berusaha membina nota dalam kad manila



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails