SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Isnin, 8 April 2013

BUKU SKRAP SAINS TAHUN 5 Topik Mikroorganisma

Berikut merupakan perkongsian pembinaan buku skrap sains bagi murid tahun 5 untuk topik mikroorganisma.

Murid diberikan taklimat tatacara pembinaan buku skrap.

Prosedur

1. Murid dibekalkan 10 helai kertas A4 putih.
2. Guru menyenaraikan maklumat yang diperlukan dalam pembinaan buku skrap.
3. Murid mencatat senarai yang diperlukan iaitu

  • Muka surat hadapan (Tajuk, Nama, Kelas, Sekolah, Tarikh hantar)
  • Muka surat kedua ialah Isi kandungan yang perlu disenaraikan ialah (Bil, Perkara, Catatan)
  • Muka surat ketiga ialah maklumat mengenai BAKTERIA (lukis 2@3 gambar dan 2 keterangan)
  • Muka surat keempat ialah maklumat mengenai KULAT (lukis 2@3 gambar dan 2 keterangan)
  • Muka surat kelima ialah maklumat mengenai VIRUS (lukis 2@3 gambar dan 2 keterangan)
  • Muka surat keenam ialah maklumat mengenai PROTOZOA (lukis 2@3 gambar dan 2 keterangan)
  • Muka surat ketujuh ialah kesimpulan (perkara yang dapat dipelajari daripada tajuk ini)
  • Muka surat kelapan ialah penghargaan (ucapan terima kasih kepada pihak@mereka yang membantu)
  • Muka surat kesembilan ialah KOMEN GURU
  • Muka surat kesepuluh ialah LAMPIRAN (jika ada)

Selamat mencuba membina buku skrap.


Contoh buku skrap yang telah siap dibina dapat dikongsikan bersama murid tahun 6 sebagai ulangkaji pelajaran.


BUKU SKRAP INI TELAH SIAP DIHANTAR PADA 5 APRIL 2013 DAN DISEMAK @  DITANDA PADA 8 APRIL 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails